Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg En. Azmi bin Tengah, Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Zakat) Baitulmal, MAIDAM selaku wakil MAIDAM telah menerima penyerahan daripada Y.Bhg. En. Hamidun b. Ismail, Pengurus Besar TM Negeri Terengganu.Dalam majlis berkenaan, TM telah menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun taksiran 2012 berjumlah RM 92,032.00.
Semoga dengan penyerahan cek zakat perniagaan berkenaan dapat di berkati oleh Allah Ta’ala jua di samping menambahkan pendapatan TM di tahun mendatang.