AKT yang dibangunkan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerusi pembiayaan oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) berjumlah RM2.5 juta telah siap pembinaannya siap pada 30 Julai 2012. Operasinya telah bermula dengan kemasukan pelatih sesi pertama pada 2 September 2012.

AKT menawarkan kursus dalam bidang Confectionary & Bakery di mana tenaga pengajar adalah daripada GIATMARA. Tempoh bagi setiap sesi adalah selama 6 bulan beserta asrama sepenuh masa kepada anak-anak asnaf negeri Terengganu yang dibiayai oleh MAIDAM.

Majlis dimulakan dengan ketibaan YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada jam 12.00 tengahari dan kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa oleh Pegawai Agama MAIDAM, Ustaz Mohamad Hafas Bin Ali Seterusnya, ucapan aluan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) selaku Naib Pengerusi YWM dan diikuti dengan ucapan daripada Yang Dipertua MAIDAM, Dato’ Bentara Luar, Dato’ Haji Omar Bin Pilus. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian dan menandatangani plak perasmian oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B).

Acara kemuncak majlis ini adalah Majlis Graduasi AKT. Seramai 76 graduan daripada sesi 1 dan 2 telah layak menerima sijil tamat latihan yang dikeluarkan oleh Giatmara. Turut diumumkan adalah 2 pelatih terbaik bagi setiap sesi iaitu  Aimi Shafina Binti Amran untuk sesi 1 dan Nurul Imanina Binti Mohamad untuk sesi 2. Majlis diakhiri dengan lawatan YB Menteri dan dif jemputan ke sekitar AKT. Majlis bersurai pada jam 3.00 petang.

 

Sumber : https://www.ywm.gov.my

Bilangan Pengunjung

Hari ini 1365

Hari sebelum 360

Minggu ini 1725

Bulan ini 11050

Jumlah 226677

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?