Rombongan tersebut telah disambut oleh Pegawai Agama Daerah Dungun Ustaz Nik Zulhaiza Ismail beserta ahli JKKK dan ahli jawatankuasa Masjid Kg. Pasir Raja. Mereka telah disambut dengan pertunjukan menumbuk empeng dan pertunjukan seni silat.

Seterusnya, perlawanan bola sepak persahabatan diadakan antara peserta rombongan dan penduduk kampung. Apa yang menarik ialah mereka perlu memakai kain pelekat dan kain batik dalam perlawanan tersebut. Pesuruhjaya sendiri turut bermain dalam perlawanan tersebut.

Pada malamnya, diadakan program Forum Perdana yang bertajuk “Kemuncak Hidup” dengan ahli panel terdiri daripada Ustaz Haji Mohd Shukri Ali, Ustaz Wan Ahmad Hasbi Wan Jusoh dan Ustaz Kamalrudin Omar sebagai moderator. Disusuli dengan persembahan nasyid/qasidah dan penyampaian bantuan kepada asnaf zakat. Seramai 70 orang penerima bantuan telah diraikan pada malam itu. Mereka telah menerima bantuan makanan keperluan bernilai RM100.00 dan juga wang tunai RM250.00 setiap keluarga.

Program malam itu diakhiri dengan cabutan nombor bertuah. Turut hadir pada program ini ialah YB Roslee Daud, Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi.

Pada keesokan harinya, aturcara diteruskan lagi dengan gotong royong penyembelihan lembu, melapah dan memasak serta gotong royong membersih masjid dan tanah perkuburan. Program Turun Padang diakhiri dengan Solat Jumaat diimamkan oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan jamuan makan “Kenduri Sekampung” antara peserta rombongan dan orang-orang kampung.

Program ini merupakan susulan program Turun Padang yang telah diadakan di setiap daerah pada tahun-tahun sebelumnya. MAIDAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. MAIDAM juga merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Roslee Daud di atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan bagi menjayakan program ini.

 

Klik Disini Untuk Melihat Foto Sekitar Program.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 138

Hari sebelum 793

Minggu ini 138

Bulan ini 9995

Jumlah 178832

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?