Program Perjumpaan Bersama Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan para ibubapa pelajar tajaan MAIDAM telah diadakan pada 22 Ogos 2013 jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Auditorium, Pusat Pentadbiran Islam, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu. 

Dalam majlis itu, para ibubapa pelajar berkenaan telah diberi penerangan oleh YB Datuk Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain, Ahli Majlis dan mereka bersetuju menerima cadangan MAIDAM untuk memindahkan 40 orang pelajar terbabit daripada tajaan MAIDAM kepada Yayasan Terengganu dalam bentuk pinjaman boleh ubah.

40 orang pelajar yang terlibat sebenarnya bukanlah dari golongan anak-anak orang fakir dan miskin. Dasar semasa MAIDAM adalah untuk memberi keutamaan kepada golongan fakir dan miskin dalam pemberian bantuan wang zakat.

Mereka yang terlibat adalah 4 orang daripada Program Memperkasa Institusi Ulama', Program Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (4) dan Program Mahasiswa Al-Ansar (32). Turut hadir dalam program tersebut ialah Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama, YBhg Dato' Haji Mohd Rozali bin Saleh dan Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Zakaria bin Yusof.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 60

Hari sebelum 1262

Minggu ini 3126

Bulan ini 21862

Jumlah 133121

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?