Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu telah mengadakan Bengkel Penyembelihan pada 19 September 2013 baru-baru ini . Bengkel tersebut diadakan dalam dua sesi iaitu sesi ceramah dan sesi praktikal.

Sesi ceramah telah diadakan di Bilik Mesyuarat MAIDAM, Tingkat 4, Kompleks Pentadbiran Islam Negeri, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu. Ceramah telah disampaikan oleh  Hj. Mokhtar bin Salleh, Pegawai Agama Daerah Setiu dan Hj. Rashid bin Long, Penceramah Bebas.

Manakala sesi praktikal pula telah diadakan di TD Poultry Sdn. Bhd., Chendering, Kuala Terengganu. Sebanyak lima ekor kambing dan dua puluh ekor ayam disediakan bagi peserta melakukan praktikal penyembelihan. Acara penyampaian sijil bengkel ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Rozali bin Saleh, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.

Turut serta dalam bengkel ini ialah Timbalan-Timbalan Pesuruhjaya, Pengarah-Pengarah dan pegawai-pegawai kanan MAIDAM.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 59

Hari sebelum 1262

Minggu ini 3125

Bulan ini 21861

Jumlah 133120

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Awan Tag

Undian

Apakah Pandangan Anda Terhadap Laman Web Rasmi MAIDAM?