Di fahamkan zakat perniagaan adalah hasil taksiran zakat perniagaan bagi tahun 2012. Dalam majlis itu juga, En. Johari Jonid ( Naib Presiden / Ketua Penasihat Syariah ), menjadi wakil bagi pihak BPMB menyerahkan cek berkenaan kepada Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Zakat) , Tuan Haji Alias Mamat.
Adalah difahamkan pihak BPMB mengagihkan zakat perniagaan mereka berdasarkan keuntungan mereka dan diagihkan ke negeri- negeri dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa zakat negeri yang terlibat. Semoga dengan bayaran tersebut memberi rahmat serta berkat dari Allah Ta’ala jua kepada BPMB serta warga kerjanya.