Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Akademi Kulinari Terengganu

 

Pengenalan
 

Akademi Kulinari Terengganu (AKT) ini dibangunkan di atas tanah milik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan pembiayaan sebanyak RM2.5 juta melalui peruntukan Bajet 2010 Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). Ianya merupakan kerjasama sinergi di antara MAIDAM sebagai Pemilik, YWM (Pembiaya dan Pengurus) dan GIATMARA (Pengajar). Siap sepenuhnya pada 30 Julai 2012 dan telah memulakan operasi pada 2 September 2012. AKT diuruskan oleh YWM melalui Perbadanan Wakaf Nasional Berhad (PWNB) dengan kerjasama pihak GIATMARA.

AKT menawarkan kursus dalam bidang Confectionary & Bakery selama 6 bulan berserta asrama sepenuh masa kepada ANAK-ANAK ASNAF MAIDAM. Semua perbelanjaan kursus ditanggung oleh MAIDAM di bawah peruntukan zakat.

 
 
Lokasi
 
AKT terletak di Lot 2466 Bazar Asnaf, Kampung Pulau Kerengga, 21600 Marang, Terengganu Darul Iman.

(Klik untuk lihat lokasi)

 
Syarat Kemasukan
i-    Anak-anak Asnaf Fakir dan Miskin
ii-   Berumur 15 tahun ke atas
iii-  Bersemangat untuk belajar dan berdikari

 

 

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024x768 melalui pelayar Mozilla Firefox 1.5 dan ke atas.

Penafian : Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan maklumat di dalam laman web ini.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2013-2016 Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu.