Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

Majlis Pengagihan Zakat Sempena Ramadan 1439H/2018M

 

Majlis Pengagihan Zakat Sempena Ramadan 1439H/2018M telah diadakan di Dewan Terbuka JaHEAT baru-baru ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Haji Osman bin Muda.

 

Pada tahun ini seramai 26,435 ketua keluarga akan menerima agihan zakat ini yang melibatkan wang zakat sebanyak RM12,825,600.00. Program ini telah dilaksanakan mulai 20 Mei 2018 dan berakhir pada 7 Jun 2018 di semua daerah negeri Terengganu.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIDAM, Haji W. Ismail Sahaimi bin W. Omar, Timbalan KPE, Haji M.Rozi bin Bidin dan para pegawai MAIDAM.

Klik untuk foto.

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024x768 melalui pelayar Mozilla Firefox 1.5 dan ke atas.

Penafian : Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan maklumat di dalam laman web ini.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2013-2016 Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu.