Majlis Keraian Sempena Pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan)
Pada 31 Disember 2017 bertempat di Puteri Ballroom, Grand Puteri Hotel telah diadakan majlis keraian bersempena pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, YBhg. Dato’ Haji Wan Mohd bin Wan Ibrahim ke Pejabat Tanah dan Galian Terengganu (PTG) dan Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan), Pn. Suhailawati binti Saigai ke Majlis Daerah Hulu Terengganu berkuatkuasa 1 Januari 2018.
Aturcara dimulakan dengan ucapan daripada Yang Dipertua MAIDAM, YB. Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail kemudian diteruskan dengan perkongsian pengalaman melalui ucapan dari Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan) dan Ketua Pegawai Eksekutif.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati kepada kedua-dua pegawai yang dirai serta sesi bergambar kenangan bersama Yang Dipertua, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai MAIDAM.