Malay Arabic Chinese (Simplified) English Hindi

TH dan Bank Rakyat bayar zakat perniagaan

Kuala Terengganu 17 Oktober 2017 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menerima bayaran zakat perniagaan daripada Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bank Rakyat hari ini.  

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Haji M. Rozi Bidin telah menerima bayaran zakat sebanyak RM3,971,912.54 daripada TH yang diwakili oleh Dato' Haji Mohyen Mosman, Pengarah TH Negeri Terengganu. Manakala Bank Rakyat pula diwakili oleh Azman Abd Aziz, Ketua Wilayah 6 (Kelantan & Terengganu) telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM989,215.00.

MAIDAM merakamkan penghargaan terima kasih kepada TH dan Bank Rakyat kerana melaksanakan tanggungjawab berzakat di negeri Terengganu. Semoga wang zakat ini memberi sinar kepada golongan asnaf di negeri ini.


 

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024x768 melalui pelayar Mozilla Firefox 1.5 dan ke atas.

Penafian : Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan maklumat di dalam laman web ini.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2013-2016 Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu.