Penyerahan cek disempurnakan oleh Pengerusi GPB, YB Dato' Muhammad Pehimi Yusof kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, M. Rozi Bidin di Wisma Darul Iman di sini.

Majlis disaksikan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Setiausaha Kerajaan negeri, YB Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Muhammad Pehimi berkata, jumlah bayaran zakat bagi tahun kewangan berakhir 2016 itu mencatatkan peningkatan setiap tahun sejak mula dikeluarkan pada 2008.

“Kita bersyukur kerana zakat perniagaan GPB ini dapat dikeluarkan sempena umat Islam meraikan Aidilfitri tidak lama lagi dan harapan kita agar sedikit sebanyak sumbangan itu dapat digunakan oleh MAIDAM untuk membantu golongan memerlukan sebagai persiapan lebaran,” katanya dalam sidang akhbar di sini. 

 

Sumber : UTUSAN ONLINE