Matlamat Utama
Selaras dengan peruntukan Fasal 4 (1) Undang- Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Pertama) dan peruntukan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Pentadbiran Islam (Terengganu) 2001 (Pindaan 2012), adalah menjadi matlamat utama MAIDAM untuk terus membantu dan menasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu dalam semua perkara yang menyentuh hal ehwal agama, pembangunan syiar Islam serta kesejahteraan sosio-ekonomi umat Islam di negeri Terengganu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.