Zakat Wang Simpanan
• Zakat yang dikeluarkan oleh pendeposit daripada simpanan yang telah genap setahun dan cukup nisab.
Kaedah Pengiraan :
• Bagi simpanan tetap iaitu setelah cukup haul simpanan iaitu 354 hari dan/atau mencukupi nisab (andaian RM11,504.44) wajib dikeluarkan zakat.
Contoh:
(Baki terendah bagi tahun 2014 adalah RM15,000.00)
RM15,000.00 = RM15,000.00 x 2.5%
= RM375.00
(Zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM375.00).
Sekiranya ada pertambahan yang cukup setahun, maka wajib dikeluarkan zakat atas pertambahan tersebut.
• Kami menasihatkan pengiraan zakat simpanan dibuat di kaunter kami yang berhampiran tempat anda.