Zakat Pendapatan


• Pendapatan yang dikenankan zakat termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan serta apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.
  
Pengertian Gaji

• Iaitu pendapatan seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatan dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi.
• Pendapatan penggajian merangkumi :- 
i) Gaji Tahunan
ii) Tunggukan Gaji
iii) Imbuhan Tetap
iv) Lain-lain (termasuk Bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.)
  
Pendapatan Bebas

• Iaitu pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran kepada khidmatnya.
• Pendapatan bebas ini merangkumi :-
i) Khidmat Guaman
ii) Khidmat Nasihat
iii) Juru Runding
iv) Rawatan Perubatan
v) Kejuruteraan
vi) Seniman
vii) Lain-Lain
  
Pengertian Perolehan

• Perolehan bermaksud pendapatan yang dihasilkan daripada pemilikan seperti hasil kebun / ladang, rumah sewa, hasil pajakan tanah dan lain-lain perolehan.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 19

Hari sebelum 1122

Minggu ini 1141

Bulan ini 5853

Jumlah 924263

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?