Policy

  • 11 July 2013 |
  • Published in Profil
Policy MAIDAM designed so that every decision and action to be implemented and always adhere to the goals, vision and mission MAIDAM.   
 
For the purposes of the above, MAIDAM has established the following policies:
  1. Zakat Fund Distribution Policy
  2. Endowment Policy and General Resources
  3. Policy School of MAIDAM
  4. Policy Development and symbols of Islamic Da'wah
  5. Muslim Family Development Policy
  6. Financial Management and Investment Policy
  7. Maintenance Policy
MAIDAM will periodically review and set policies to suit the current and future needs
 
 

Permohonan Bantuan Zakat MAIDAM

 

 
1. Bermula 1 Januari 2015, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menggunakan Sistem Permohonan Zakat secara atas talian bagi memudahkan rakyat yang ingin memohon bantuan Zakat MAIDAM.
 
2. Dengan menggunakan Sistem Permohonan Zakat ini, pemohon hendaklah mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki dan mencetak borang permohonan tersebut. Borang permohonan tersebut beserta salinan dokumen-dokumen yang dikehendaki hendaklah dihantar ke pejabat MAIDAM atau Kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing yang berdekatan bagi membolehkan ia diproses.
 
3. Jika borang permohonan beserta salinan dokumen tidak dihantar ke pejabat MAIDAM, maka permohonan tersebut tidak akan diproses.
 
 
4. Bagi menggunakan Sistem Permohonan Zakat hendaklah menggunakan pelayar (browser) Google Chrome dengan resolusi terbaik ialah 1024 x 768.
 
 
5. Sistem Permohonan Zakat MAIDAM ini akan ditambah baik setiap masa bagi memudahkan rakyat dan warga MAIDAM memohon dan mengurus permohonan bantuan zakat.
 
 
7. Klik pada Butang  di bawah untuk membuka laman menu sistem permohonan bantuan zakat.
 
 

Pengumuman

1. Tanah Wakaf Untuk disewa .  

2. Makluman kepada Pembayar Zakat : Setiap permohonan bayaran balik 2/8 bhg  ( Fakir dan Miskin ) hendaklah mengemukakan nombor akaun bank peribadi bagi memudahkan pihak kami membuat bayaran balik.

Alamat Pejabat Agama Daerah Dungun Dan Kemaman.

PEJABAT AGAMA DAERAH KEMAMAN,

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU

DAERAH KEMAMAN,

24000 KEMAMAN,

TERENGGANU DARUL IMAN.

TEL : 09-8591262

FAKS : 09-8594257

 

 

PEJABAT AGAMA DAERAH DUNGUN,

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU

DAERAH DUNGUN,

23000 DUNGUN,

TERENGGANU DARUL IMAN.

TEL : 09-8481255

FAKS : 09-8481988

Skim Hafaz Al-Quran Dewasa Terbuka Negeri Terengganu Penggal Kedua Tahun 1435H/2014M

 

1. Adalah dimaklumkan Kepada Muslimin dan Muslimat sekalian bahawa Kerajaan Negeri Terengganu Melalui Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid (MAIDAM) akan mengadakan SKIM HAFAZ AL- QURAN DEWASA TERBUKA NEGERI TERENGGANU PENGGAL KEDUA TAHUN 2014.

2. Dalam Kaitan ini , adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan menyertai program ini sebagaimana berikut : -

   i. Beragama Islam.

   ii.Rakyat Negeri Terengganu yang
bermastautin di negeri ini.

   iii. Tahap minima hafaz adalah tidak kurang dari 7 juzu' Pertama mengikut susunan mashaf.

   iv. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 29 tahun bagi mereka yang memohon tahap di bawah 30 juzu'.

   v. Seseorang yang berumur
30 tahun dan ke atas hendaklah memasuki tahap 30 juzu'.

   vi. Mana-mana pelajar dan lulusan Maahad Tahfiz atau mana-mana Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran atau seumpama dengannya yang ingin menyertai ujian ini hendaklah memasuki tahap 30 juzu'.

   vii. Bersedia dan Sanggup Memberi sumbangan sukarela di
Negeri Terengganu iaitu di tempat-tempat yang diarahkan atau dipersetujui oleh jabatan sekurang-kurangnya dua (2) Kali seminggu. Penyertaan masyarakat/ kanak-kanak  ( Pelajar-pelajar tuan/puan ) dalam sumbangan tersebut hendaklah melebihi 10 orang. Sumbangan bermaksud :


       a. Pengajaran Kelas Al-Quran

       b. Kelas Fardhu Ain.

       c. Mengajar Bahasa Arab.

       d. Mengajar ilmu tafsir Al-Quran , Tajwid, Feqah dan lain-lain.


   viii. Setiap Permohonan hendaklah dibuat melalui borang MAIDAM/JDP 2014 yang boleh didapati dari Jabatan Dakwah , Pendidikan dan Pengurusan Masjid MAIDAM ( Bahagian Dakwah ) dan Pejabat Agama Daerah masing-masing dan juga boleh didapati dengan melayari Laman web
http://www.maidamtrg.gov.my. Bagi hafiz/pemohon 30 juzu' hendaklah mengisi Borang Maklumat Sumbangan Sukarela.

3. Borang Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Daerah masing-masing sebelum
14 Ogos 2014.

4. Keterangan lanjut sila hubungi Jabatan Dakwah Pendidikan dan Pengurusan Masjid MAIDAM di talian 09-6252525 samb 5365/5373.  

 

Borang Permohonan Hafaz Dewasa Penggal 2 2014

Borang Maklumat Tambahan Hafaz Dewasa Penggal 2 2014

QR COde

Imbas kod QR ini dengan telefon pintar anda untuk capaian 

Enakmen A28

logo trg 02.gif

 

NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN

 

Warta Kerajaan

 

DITERBITKAN DENGAN KUASA

 

GOVERNMENT OF TERENGGANU DARUL IMAN GAZETTE

 

PUBLISHED BY AUTHORITY

 

 

 

Jil. 65                                       2hb Ogos 2012                                   TAMBAHAN No.2

No. 16                                                                                                 ENAKMEN

 

 

            Enakmen yang berikut, yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu dan dipersetujui oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, adalah diterbitkan menurut Fasal (3) Perkara 36 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama):

 

The following Enactment passed by the State Legislative Assembly o erengganu and assented to by His Royal Highness the Sultan, is published pursuant to Clause (3) of Article XXXVI of the Laws of the Constitution of Terengganu (First Part):

 

 

            No.                                          Tajuk Ringkas

 

Enakmen A28            Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam

                                    (Terengganu) (Pindaan) 2012

 

                                    Administration of Islamic Religious Affairs (Terengganu) .                                                    (Amendment) 2012

 

 

 

 

 

UNDANG-UNDANG NEGERI

TERENGGANU

 

Enakmen A28

 

ENAKMEN PENTADBIRAN

HAL EHWAL AGAMA ISLAM

(TERENGGANU) (PINDAAN) 2012

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Persetujuan Diraja                    20 Jun 2012

 

Tarikh diterbitkan dalam Warta          2 Ogos 2012

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hak Cipta Pencetak (H)

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).

 

 

UNDANG-UNDANG NEGERI TERENGGANU

 

Enakmen A28

 

 

                                                                                    BETA BERSETUJU,

 

                        Mohor                                     SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

                 Negeri                                                 Sultan Terengganu

                                                                                           20 Jun 2012

 

 

 

Suatu Enakmen bagi meminda Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M.

 

 

                                                                        [                                                           ]

 

 

 

 

DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Kuasa Undangan Negeri Terengganu Darul Iman seperti berikut:

 

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

 

1.         (1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) (Pindaan) 2012.

            (2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

 

Pindaan seksyen 3

2.         Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M [En. Tr 2/2001], yang disebut "Enakmen ibu" dalam Enakmen ini, adalah dipinda dalam seksyen 3 dengan memotong perkataan "Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, ".

 

Pindaan seksyen 5

3.         Seksyen 5 Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan seksyen yang berikut:

 

"Pelantikan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan Pengarah

5.         Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik seorang Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan beberapa orang Pengarah bagi menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab yang ditetapkan oleh Majlis dan Enakmen ini.".

 

Pindaan seksyen 7

 

4. Seksyen 7 Enakmen ibu dipinda

(a)        dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1).seksyen itu; dan

(b)        dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen  (2) yang-berikut:

"(2)      Dalam membuat dan mengeluarkan sebarang kaedah pengertian atas apa-apa perkara mengenai adat Melayu, maka Majlis hendaklah mengambil perhatian kepada adat Melayu yang diamalkan di dalam negeri ini, dan.hendaklah merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa jika perkara itu berkait dengan apa-apa cara dengan hukum Syarak".

Pindaan seksyen 8

5.         Subseksyen 8 (1) Enakmen ibu dipinda

               (a)        dalam perenggan (c), dengan memotong perkataan "dan"

(b)        dalam perenggan (d), dengan menggantikan perenggan (d)   dengan perenggan yang berikut:

                            "(d) Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah; dan;" dan

              (c)        dengan memasukkan selepas perenggan (d), perenggan yang berikut:

                           "(e) tidak lebih daripada. tiga belas anggota lain".

 

Pindaan seksyen 9

6.         Subseksyen 9(1) Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "Maka hendaklah ada seorang" dengan perkataan "Pesuruhjaya hendaklah menjadi".

 

Pemotongan seksyen 12

7.         Enakmen ibu dipinda dengan memotong seksyen 12.

 

Pindaan seksyen 27

8.         Subseksyen 27(g) Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "anak yatim" perkataan "dan rumah-rumah perlindungan"

 

Pindaan seksyen 46

9.         Seksyen 46 Enakmen ibu dipinda –

(a)        dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan", atas nasihat Menteri Besar, " dan

               (b)        dengan memotong subseksyen (2).

 

Pindaan seksyen 53

10.       Seksyen 53 Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "Mahkamah" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan "Sivil".

 

Pindaan seksyen 55

11.       Seksyen 55 Enakmen ibu dipinda

(a)        dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan ", atas nasihat Menteri Besar, "; dan

                (b)        dalam subseksyen (3) –

(i)         dengan memasukkan selepas perkataan "Majlis" perkataan", atas syor Ketua Pendakwa Syarie"; dan

                (ii)        dengan memotong perkataan "atau perkhidmatan bersama".

 

Pindaan seksyen 56

12.       Sekyen 56 Enakmen ibu dipinda

(a)        dengan memotong perkataan "atau perkhidmatan bersama"; dan

(b)        dengan memasukkan selepas subsekyen (1A) subseksyen yang berikut:

"(1B)   Pegawai Penguatkuasa Syariah hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diberikan kepada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah, kecuali hak dan kuasa yang.dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah sendiri".

 

Pindaan seksyen 57

13.       Seksyen 57 Enakmen ibu dipinda-

(a)        dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan "mana-mana orang" perkataan "beragama Islam dan";

(b)        dalam subseksyen (3)

(i)                 dalam. perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan "Perundangan" perkataan "yang beragama Islam"; dan

(ii)        dengan memotong perkataan "atau" dihujung perenggan (a);

(iii)             dalam perenggan (b), dengan memasukkan selepas perkataan "mana-mana orang" perkataan "beragama Islam"; dan

(iv)       dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

                           (c) mana-mana Pegawai Syariah dalam perkhidmatan awam am Persekutuan; atau

                           (d) mana-mana pegawai yang difkirkan layak oleh Pihak Majlis."; dan

 

                               (c)        dalam subseksyen (4) -

(i)         dengan memasukkan selepas perkataan "mana-mana orang" perkataan "yang beragama Islam"; dan

(ii)        dengan menggantikan perkataan "hendaklah" dengan perkataan "bolehlah".

 

Pindaan seksyen 76

14.       Seksyen 76 Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "ditetapkan oleh Pengawal dari semasa ke semasa" dengan perkataan "ditetapkan di dalam Jadual Ketiga".

 

Seksyen baru 76A

15.       Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 76 seksyen yang berikut:

"76A. Nisab dan kadar zakat harta dan pendapatan yang boleh dikenakan ke atas seseorang adalah seperti dalam Jadual Keempat".

 

Seksyen baru 87A dan 87B

16.       Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 87 seksyen baru yang berikut:

 

"Bertindak sebagai Imam, Khatib, atau Bilal dalam sembahyang Jumaat

87A.    (1) Tidaklah boleh mana-mana orang bertindak sebagai Imam, Khatib, atau Bilal berhubung dengan penunaian mana-mana sembahyang Jumaat di mana-mana tempat kecuali dia seorang Imam, Khatib atau Bilal yang dilantik di bawah B.ahagian ini atau dia adalah seorang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis untuk bertindak sedemikian berhubung dengan sembahyang Jumaat yang berkenaan itu.

            (2) Tidaklah boleh mana-mana orang yang dilantik sedemikian bertindak sebagai Imam, Khatib atau Bilal berhubung dengan penunaian mana-mana sembahyang Jumaat, selain daripada di masjid yang padanya dia dilantik pada masa itu atau ditugaskan oleh Majlis, melainkan dia dibenarkan oleh Majlis untuk bertindak sedemikian.

            (3) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

sekali.

 

Khutbah

87B.    (1) Hanya khutbah yang diluluskan oleh Majlis hendaklah dibaca sebagai khutbah bagi maksud sembahyang Jumaat atau sembahyang Hari Raya atau sembahyang-sembahyang lain yang menggunakan khutbah.

            (2) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.".

 

Pindaan seksyen 101

17.       Seksyen 101 Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "dan" dengan perkataan "atau".

 

Pindaan seksyen 106

18.       Subseksyen 106 (2) Enakmen ibu dipinda-

(a)        dalam perenggan (e), dengan menggantikan perkataan "pengelolaan" dengan perkataan "pengurusan dan      pentadbiran";

(b)        dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan "pengelolaan" dengan perkataan "pengurusan dan pentadbiran";

(c)        dalam, perenggan (i), dengan menggantikan perkataan "bagi" dengan perkataan "dan lain-lain yang berkaitan dengan";

(d)       dalam perenggan (j), dengan memotong perkataan " dan" di hujung perenggan itu; dan

(e)        dengan memasukkan selepas perenggan (j) perenggan.yang berikut:

       "(ja)  tatacara Jawatankuasa Pengawasan Pendidikan Agama Islam;

        (jb)  elaun yang kena dibayar oleh jawatankuasa. Majlis atau jawatankuasa-jawatankuasanya;

        (jc) penjagaan dan kawalan anak-anak yatim dan kanak kanak di bawah jagaan Majlis; dan"; dan

 

Seksyen baru 108

19. Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 107 seksyen, yang berikut:

 

"Kuasa untuk meminda Jadual

108.  Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, meminda mana-mana Jadual".

 

Jadual baru Ketiga

20.       Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Kedua Jadual-Jadual yang berikut:

 

 

 

 


 

PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

(PINDAAN') 2012

 

JADUAL KETIGA

 

[Seksyen 76]

 

PENDAPATAN DAN HARTA YANG BOLEH DIKENAKAN ZAKAT

 

 

Pendapatan dan harta yang boleh dikenakan zakat

1.         Harta dan pendapatan yang boleti dikenakan zakat adalah

seperti yang berikut-

(a) emas dan perak;

(b) wang tunai;

(c) hasil pertanian;

(d) binatang ternakan;

(e) ma'adin;

(f) kunuz;

(g) rikaz;

(h) pemiagaan;

(i)   saham dan syer;

(j)   penggajian, upah termasuk pendapatan professional; dan

(k) apa-apa harta atau pendapatan yang diputuskan oleh      Jawatankuasa Fatwa dari semasa ke semasa.

 

Tafsiran

2.         (1) Bagi maksud Enakmen ini

            "binatang ternakan" termasuklah lembu, kerbau, biri-biri, kambing, unta dan binatang ternakan yang seumpamanya yang meragut rumput di tanah lapang ternakan,dan/atau yang dipelihara sebagai binatang peliharaan tetapi tidak termasuk yang dipelihara bagi maksud-maksud perniagaan;

            "emas" termasuklah emas jongkong, matawang emas, barang.barang rumahtangga yang dibuat daripada emas, barang kegunaan sendiri untuk lelaki yang dibuat daripada emas dan barang kemasan diri untuk perempuan yang dibuat daripada emas yang melebihi penggunaannya mengikut adat atau telah tidak digunakan dalam .haul yang berkenaan;

            "hasil pertanian" ertinya padi, jagung, gandum dan lain-lain tanaman bijirin dan seumpama itu;

            "kunuz" merujuk kepada harta karun selain dari bentuk galian yang dijumpai di bawah tanah;

            "ma'adin" ertinya galian dan bahan galian yang dijumpai di bawah tanah;

            "perak" ertinya termasuklah perak jongkong, matawang perak, barang-barang rumahtangga yang dibuat daripada perak, barang kegunaan sendiri untuk lelaki yang dibuat daripada perak dan. barang kemasan diri untuk perempuan yang dibuat daripada perak yang melebihi penggunaannya mengikut adat atau telah tidak digunakan dalam haul yang berkenaan;

            "perniagaan" ertinya apa-apa bentuk perniagaan termasuklah profesion, vokasional, perkhidmatan, pengilangan, usaha niaga atau pengusahaan dalam bentuk perniagaan yang diusahakan oleh individu atau menerusi usaha sama atau syarikat;

rikaz" ertinya. harta karun yang tertanam di bawah tanah sebelum Islam;

            "saham dan syer" ertinya saham, termasuk stok debentur, bon, nota dan syer dalam syarikat yang dimiliki secara langsung atau melalui nomini atau nomini-nomini;

            "wang tunai" termasuk simpanan semasa, wang simpanan, pelaburan sekuriti, bon dan sijil simpanan premium.

 

 

 

 

 

PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

(PINDAAN) 2012

 

JADUAL KEEMPAT

 

[Seksyen 76A]

 

Kadar zakat harta dan pendapatan

 

 

Bil           Golongan pendapatan       Nisab                                     Kadar zakat dan asas

                atau Aset                                                                               taksiran

 

1.             Emas                                      Setara dengan harga           2.5 peratus daripada

                                                                85 gram bersih atau 20      nilai pasaran di akhir

misqal atau 25 mayam      haul

atau 2.7108 saga

 

2.             Perak                                      Setara dengan harga 595   2.5 peratus daripada

gram bersih atau 200          nila pasaran di akhir

dirham atau 176 mayam  haul

atau 7 saga

 

3.             Wang Tunai                          Setara dengan harga           2.5 peratus daripada

85 gram emas yang            nilai muka di akhir haul

ditetapkan oleh Bank

Negara

 

4.             Hasil pertanian (padi,         1317 kilogram atau setara                10 peratus jika seluruh`

                jagung dan lain-lain            dengan 363 gantang           pengairan tanah ini

                tanaman bijirin yang          Baghdad                                               diusahakan dengan

                merupakan makanan                                                        cara-cara semulajadi

                asasi)

7.5 peratus jika

sebahagian pengairan

tanah itu diusahakan

dengan cara-cara

semulajadi dan

sebahagiannya lagi

dengan apa-apa kaedah

yang lain daripada cara

cara semulajadi .

 

5 peratus jika pengairan tanah itu diusahakan dengan apa-apa kaedah yang lain daripada cara-cara semulajadi

 

 

 

 

 

 

Bil           Golongan pendapatan       Nisab                                     Kadar zakat dan asas

                atau Aset                                                                               taksiran

 

5.             Galian    Emas bijih             Setara dengan harga 85

                                                                gram emas atau 20 misqal

 

                                Perak bijih             Setara dengan harga 595

                                                                gram atau 200 dirham.

 

                                Bijih besi,              Setara dengan harga 85

                                tembaga, dll          gram emas atau 20 misqal

 

                                Petroleum              Setara dengan harga 85                     20 peratus daripada

                                dan gas                 gram emas atau 20 misqal                                jumlah hasil keluaran

                                                                                                                                mengikut nilai pasaran

 

6.             Hutang                                 Setara denganharga 85

                                                                gram emas

 

7.             Saham dan syer                   Setara dengan harga 85

                                                                gram emas

 

8.             Perniagaan                            Setara dengan harga 85

                                                                gram emas

 

 

*Nota : Perk = 624 gram

 

 

9.             Binatang ternakan:             Memiliki antara

                (a) Jenis kerbau                    30 - 39 ekor                          Seekorjantan melebihi

                atau lembu atau                                                                  umur setahun

                sejenis dengannya

                                                                40 - 59 ekor                          Seekor betina melebihi

                                                                                                                umur dua tahun

 

                                                                60 -69 ekor                           Dua ekor jantan

                                                                                                                melebihi umur setahun

                                                                                                                tiap-tiap satunya

 

                                                                70 - 79 ekor                          Seekor jantan melebihi

                                                                                                                umur setahun dan

                                                                                                                seekor betina melebihi

                                                                                                                umur dua tahun

 

                                                                80 - 89 ekor                          Dua ekor betina

                                                                                                                melebihi umur dua

                                                                                                                tahun tiap-tiap satunya.

 

 

 

 

 

 

 

Bil           Golongan pendapatan       Nisab                                     Kadar zakat dan asas

                atau Aset                                                                               taksiran

 

                                                                90 - 99 ekor                          Tiga ekor               jantan

                                                                                                                melebihi umur setahun

                                                                                                                tiap-tiap satunya

 

                                                                100 - 109 ekor                      Dua ekor betina

                                                                                                                melebihi umur setahun

tiap-tiap satunya dan

seekor betina melebihi

umur dua tahun.

 

                                                                110 - 119 ekor                      Dua ekor betina

melebihi umur dua

tahun tiap-tiap satunya

 

                                                                120 dan ke atas                   Tiga ekor betina

melebihi umur dua

tahun tiap-tiap satunya

atau empat ekorjantan

melebihi umur setahun

tiap-tiap satunya.

 

 

                (b) Jenis kambing                                Memiliki antara                   Seekor jantan atau,

                                                                40 - 120 ekor                        seekor betina berumur

                                                                                                                lebih dua tahun

 

                                                                121- 200 ekor                       Dua ekor jantan atau

                                                                                                                betina berumur lebih

                                                                                                                setahun

 

                                                                201 - 399 ekor                      Tiga ekor jantan atau

                                                                                                                betina berumur lebih

                                                                                                                dua tahun

 

                                                                Bagi setiap 100 ekor           Seekor jantan atau

                                                                selepas itu                             betina berumur lebih

                                                                                                                dua tahun

 

 

                (c) Jenis biri-biri                    Memililki antara                  Seekor jantan atau

                                                                40 - 120 ekor                        betina berumur lebih

                                                                                                                setahun

 

                                                                121 - 200 ekor                      Dua ekor jantan atau

betina berumur lebih

setahun  tiap-tiap satu

 

 

 

 

 

Bil           Golongan pendapatan       Nisab                                     Kadar zakat dan asas

                atau Aset                                                                               taksiran

 

201 - 399 ekor                      Tiga ekor jantan atau

betina berumur lebih

setahun tiap-tiap satu

 

Bagi setiap 100 ekor           Seekor jantan atau

selepas itu                             betina berumur lebih

                                                dua tahun".

 

 

 

 

 

Diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 25 April 2012. [MB. TR. (S). 6/60. BHG. 14; PUN.Tr. 15/111]

 

 

 

AZHAR BIN JUSOH

Setiausaha Dewan Undangan Negeri

Terengganu

 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 2985

Hari sebelum 2850

Minggu ini 8322

Bulan ini 41139

Jumlah 2705738

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?