Program Turun Padang Pesuruhjaya ke Pasir Raja dan agihan Bantuan Zakat

Pasir Raja, Dungun – Program Turun Padang Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Haji Mohd Rozali Saleh dan Pegawai-pegawai Kanan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) ke Kampung Pasir Raja, Dungun telah diadakan pada 17-18 April 2014 yang lalu. Rombongan tersebut telah bertolak dengan bas dari Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu pada pukul 2.30 petang 17 April 2014 (Khamis).

Majlis Penyampaian Sumbangan Derma kepada Persatuan Orang Pekak Negeri Terengganu

Majlis Penyampaian Sumbangan Derma kepada Persatuan Orang Pekak Negeri Terengganu telah berlangsung pada 22 April 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Masjid, Kompleks Seri Iman. Penyampaian  tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Omar bin Musa Selaku Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam MAIDAM kepada Tengku Arman Harris Bin Tengku Ismail selaku Presiden Persatuan Orang Pekak Terengganu.

Pelbagai Borang

Pentadbiran MAIDAM

Keterangan Download
Borang Permohonan Menjadi Peguam Syar'i Negeri Terengganu
Borang Permohonan Pembaharuan Sijil Peguam Syar'i
Syarat-Syarat Menjadi Peguam Syar'i

 

Bahagian Pengurusan Zakat

Keterangan Download
Borang Zakat Potongan Gaji
Borang Permohonan Bayaran Balik 2/8
Borang Permohonan Upah Amil
Borang Mengikuti Latihan Kemahiran MAIDAM

 

Bahagian Pengurusan Mal

Keterangan Download
Ikrar Wakaf
Borang Permohonan Wakaf ( Tanah / Bangunan )
Borang Skim Wakaf Tunai
Borang Penyerahan Harta Luqatah
Akuan Mengadakan Hebahan Terhadap Harta Luqatah
Borang Permohonan Membeli Tanah Baitulmal

 

Asrama Kebajikan Anak-Anak Yatim / Miskin Darul Akhyar

Keterangan Download
Borang Permohonan Kemasukan Asrama Darul Akhyar
Syarat-Syarat Pengambilan Pelajar Asrama Darul Akhyar

 

Seksyen Teknologi Maklumat

Keterangan Download
Borang Permohonan Email Kakitangan
Borang Perolehan Peralatan Komputer dan ICT Kakitangan

Data Terbuka

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM ) menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi Terma dan Syarat Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0 berikut:

Terma Penggunaan Data Terbuka

Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.

Senarai Data Terbuka Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu :

1. Pungutan Zakat Mengikut Daerah Tahun 2015

2. Pungutan Zakat Negeri Terengganu Bagi Tahun 2015

3. Agihan Zakat Negeri Terengganu Tahun 2015

Hubungi Kami

Ibu Pejabat MAIDAM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM )
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
20519 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.


Tel:      09-6303030
Fax:     09-6248134 / 09-6247917
Emel:   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Waktu Berurusan :

Ahad - Rabu   : 8.00 pagi - 5.00 petang

Khamis           : 8.00 pagi - 3.30 petang

 

Pusat Urusan Zakat MAIDAM Ar-Rahnu MAIDAM

Pusat Urusan Zakat MAIDAM

Tingkat Bawah, Pusat Pentadbiran Islam, Kompleks Seri Iman,

Jalan Sultan Mohamad, 20519 Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-6303030  Faks: 09-6247917

Ar-Rahnu Maidam Kuala Terengganu

No.18-A Jalan Sultan Sulaiman,

20000,Kuala Terengganu

Terengganu Darul Iman.

No. Tel : 09-6236604  No. Faks : 09-6245421

Pusat Urusan Zakat Daerah Besut

Lot 374, Tingkat Bawah, Bangunan PMINT,

Jalan Bukit Mok Mek,

22000 Jerteh, Besut,

Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-6975323 Faks : 09-6903237  

Ar-Rahnu Maidam Besut

Lot 374, Tingkat Bawah, Jalan Bukit Mok Mek,

22000 Jerteh, Besut

Terengganu Darul Iman

No. Tel : 6903100  Faks : 09-6903200

Pusat Urusan Zakat Daerah Kemaman

Pejabat Agama Daerah Kemaman,

24000 Kemaman,

Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-8594545  Faks: 09-8594257

Ar-Rahnu Maidam Kemaman

Tingkat 1, Lot 14684, Kemaman Centre Point,

Jalan Lebai Saras,

24000 Kemaman,

Terengganu Darul Iman

No. Tel : 09-8502000  No. Faks : 09-8502002

Pusat Urusan Zakat Daerah Dungun

Pejabat Agama Daerah Dungun,

23000 Dungun,

Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-8452810  Faks : 09-8481988

Ar-Rahnu Maidam Dungun

Tingkat 1, Lot 3663, Bangunan Yayasan Islam Terengganu,

Jalan Baru Pak Sabah,

23000 Dungun,

Terengganu Darul Iman

No. Tel : 09-8423700  No. Faks : 09-8423701

Pusat Urusan Zakat Daerah Hulu Terengganu

Lot 6969, Rumah Kedai 2 Tingkat ,

Taman Perumahan Sungai Bajar,

21700 Kuala Berang , Hulu Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-6817809  Faks: 09-6811048

Ar-Rahnu Maidam Hulu Terengganu

Tingkat 1, Lot 6969, Rumah Kedai 2 Tingkat,

Taman Perumahan Sungai Bajar,

21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu,

Terengganu Darul Iman

09-6825700

Pusat Urusan Zakat Daerah Marang

Lot PT 164 , Tingkat Bawah ,

Pekan Marang,

21600 Marang ,

Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-6183317  Faks : 09-6181173

Ar-Rahnu Maidam Marang

Lot Pt 164, Tingkat 1, Pekan Marang,

21600 Marang,

Terengganu Darul Iman

No. Tel : 09-6185700  No. Faks : 6185701

Pusat Urusan Zakat Daerah Setiu

PT 729, Bangunan PMINT,

Bandar Permaisuri,

22100 Setiu,

Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-6090307  Faks : 09-6090019

Ar-Rahnu Maidam Setiu

Tingkat 1, Lot 729, Bangunan Pmint,

Bandar Permaisuri,

22100 Setiu,

Terengganu Darul Iman.

No. Tel : 09-6092900  No. Faks : 09-8223901

Pusat Urusan Zakat Cawangan Kerteh

Lot 9282 / GM 3340 , Bandar Baru Kerteh,

24300 Kerteh , Kemaman,

Terengganu Darul Iman.

Tel / Faks : 09-8266463

Ar-Rahnu Maidam Pekan Batu Enam

9011, Tingkat 1, Bangunan Maidam,

Jalan Kelantan,

21200 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman

No. Tel : 09-6626003  No. Faks : 09-6626004

Pusat Urusan Zakat Daerah Kuala Nerus

Lot PT 37833 Tingkat Bawah Rimba Square

21200 Kuala Nerus,

Terengganu Darul Iman

No Tel : 09-6622488  No. Fax : 09-6622905

Ar-Rahnu Maidam Ketengah,

Lot 1968, Jalan Sultan Ahmad,

23400 Bandar Al-Muktafi Billah Shah,

Dungun,

Terengganu Darul Iman.

No. Tel : 09-8223900  No. Fax : 09-8223901

Kaunter Zakat UTC Terengganu

L4-UTC-01, Agensi Kerajaan Negeri,

Paya Bunga Square, Jalan Masjid Abidin, 

20100 Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-6225470

-

Kenyataan Akhbar : Kadar Fitrah Tahun 1437H

KENYATAAN AKHBAR

YANG DIPERTUA,
MAJLlS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU

PENGUMUMAN KADAR FITRAH BAGI NEGERI TERENGGANU
TAHUN 1437H / 2016M

Setelah mendapat limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia AIWathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud AI-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman Serta Segala Jajahan Takluknya, dengan ini saya mengisytiharkan kadar fitrah bagi Negeri Terengganu Darul Iman bagi tahun 1437H bersamaan 2016M adalah
sebagaimana berikut :

1.    Jika dibayar dengan wang tunai, kadar fitrah yang telah ditetapkan adalah tidak kurang RM7.00 setiap orang. Sukacita dimaklumkan bahawa kadar nilaian tunai ini dikira berdasarkan kepada harga beras Gred SupeTempatan di pasaran tempatan yang mana nilainya bersamaan dengan beras 10% hancur serta beras 5% hancur. Bagi mana-mana orang yang memakan beras dari jenis Super Import, maka kadar bayarannya adalah senilai dengan kadarberas yang dimakannya iaitu bersamaan 2.60 kilogram.

2.    Fitrah juga boleh dibayar dengan beras dan kadar timbangannya adalah 2.60 kilogram atau dengan sukatan 2.97 cupak yang bersamaan dengan 1 gantang Baghdad.

Bagi maksud pembayaran, orang Islam di negeri ini bolehlah membayar fitrah di mana-mana kaunter bayaran zakat MAIDAM dari jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang pada hari bekerja biasa. Bagi memberi kemudahan kepada masyarakat Islam di negeri ini, bermula 24 Jun hingga 5 Julai 2016, kaunter bayaran zakat MAIDAM akan dibuka 7 hari seminggu bermula 8.30 pagi - 4.00 petang.

MAIDAM juga telah melantik seramai 1,048 orang amil yang mana 68 orang daripadanya dilantik pada tahun 2016. Mereka akan menjalankan pungutan fitrah serta zakat harta di setiap masjid dan surau di negeri ini. Sukacita juga saya mengingatkan bahawa, adalah menjadi kesalahan sekiranya mana-mana orang Islam di negeri ini membayar fitrah atau zakat yang lain, selain kepada MAIDAM atau wakilnya. Ini telah termaktub dalam seksyen 20 (b) Enakmen Bil. 7 Tahun 2001 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang menyatakan “Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”.

Pada tahun lepas (2015) MAIDAM telah memungut fitrah sebanyak RM 5.9 juta dan ini menyumbang kepada 4.6 % dari jumlah keseluruhan pungutan zakat bagi negeri Terengganu yang berjumlah RM 126 juta. Pada tahun ini (2016) adalah dianggarkan, pungutan fitrah akan mencapai angka RM 6 juta.

Maka dengan ini saya menyeru dan menasihatkan kepada semua orang Islam di negeri ini supaya menunaikan fitrah dengan seawal yang mungkin bagi mengelakkan sebarang kesukaran, dan tidak menunggu sehingga saat akhir atau sejurus sebelum solat Idulfitri iaitu waktu terakhir wajib pembayarannya.

Berdasarkan pengalaman, terdapat sesetengah orang Islam di negeri ini yang menunggu sehingga saat akhir waktu pembayarannya dan amalan ini boleh menyebabkan fitrah tidak ditunai pada waktu yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Yang DiPertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

17 Syaaban 1437H
24 Mei 2016M

MAIDAM Taja 20 Pelajar Untuk Lahirkan Ulama Pelapis

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menaja seramai 20 pelajar peringkat ijazah dan sarjana tahun ini bagi melahirkan lebih ramai ulama pelapis pada masa depan.

Yang Dipertuanya, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata tujuh daripada pelajar terbabit sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di universiti di Jordan manakala 13 lagi peringkat sarjana di beberapa universiti tempatan seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Katanya, mereka dari kalangan pelajar yang cemerlang dan mampu menguasai bahasa Arab dengan baik.

“Kita ada menyediakan biasiswa kepada pelajar sebelum ini,  tetapi ia dihentikan beberapa tahun dahulu atas sebab tertentu. Bagaimanapun, tahun ini kita meneruskan kembali penajaan kerana pelbagai faktor terutama masalah ketandusan ulama yang ketara di negeri ini.

“Terengganu melahirkan ribuan hafiz dan lulusan agama daripada pelbagai sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT), kita masih kekurangan ulama pelapis yang hebat serta disegani seperti suatu masa dahulu,” katanya.

Shaikh Harun berkata, MAIDAM akan terus menaja pelajar berkenaan hingga ke peringkat doktor falsafah jika mereka memperoleh keputusan yang baik.

Katanya,  pembiayaan pelajar ijazah selama empat tahun melibatkan RM20,000 setahun, manakala pelajar sarjana diberikan mengikut bidang pengajian dan keperluan.

“Kita akan terus menaja mereka hingga ke peringkat ijazah jika memperoleh keputusan jayyid jiddan (sangat baik).

“Bagaimanapun, mereka terikat dengan perjanjian untuk berkhidmat di pejabat agama (MAIDAM) kerana itulah tujuan sebenar biasiswa berkenaan,” katanya.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 1209

Hari sebelum 2664

Minggu ini 3873

Bulan ini 53926

Jumlah 2718525

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?