Skim Wakaf Tunai

Skim Wakaf Tunai (11)

FAQ Wakaf

1. Bagaimana pandangan ulama tentang wakaf ?

• Kebanyakan ulama berpendapat, harta yang diwakaf mestilah bersifat kekal ‘Muabbad’ kecuali setangah ulama yang lain seperti mazhab maliki berpendapat bahawa harta wakaf dibenarkan bersifat semantara ‘Muaqqat’.

 

2. Bolehkan kita memilih mazhab selain mazhab syafie dalam kes di atas ?

• Dalam bidang kuasa agama, sepertimana merujuk Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Tahun 2001 Sekyen 54 bahawa Pihak Jawatankuasa Fatwa perlu memutuskan masalah syarak bersandarkan qaul muktamad dalam mazhab syafie. Maka secara tidak langsung berwakaf mestilah mengikut rukun dan syarat yang telah ditetapkan dalam mazahab syafie.

 

3. Apakah ganjaran berwakaf samada pesanan melalui Al-Quran atau hadis ?

• Secara tidak langsung di dalam alquran menyebut secara umum bagi setiap nafkah yang diberikan termasuk berwakaf sepertimana di dalam surah Al-Baqarah ayat 261 ayat yang bermaksud “Perumpamaan bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

• Di dalam hadis pula, iaitu daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah telah bersabda “ apabila mati anak adam, akan terhentilah amalanya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya (HR Muslim)

• Hadis ini memberi gambaran kelebihan ciri-ciri berwakaf walaupun secara zahir perkataan ‘wakaf’ tidak di sebut, tetapi para ulama mengatakan sedekah jariah adalah diberimakna berwakaf.

4. Bagi berwakaf melalui skim potongan gaji, adakah penolakan cukai dari LHDN diambilkira ?

• Ya, jika berwakaf melalui potongan gaji, penolakan cukai dari LHDN di ambilkira sebagaimana merujuk surat LHDN bertarikh 20 Jun 2014 iaitu dibawah Akta Cukai Pendapatan 1976 sub seksyen 44(6).

 

5. Bagaimana masyarakat hendak mengetahui skim waqaf tunai di MAIDAM

• Bagi bergerak secara proaktif, Jabatan Baitulmal (MAIDAM) telah membuat beberapa langkah untuk mempromosikan produk ini seperti:-

   a. Pengiklanan melaui radio
   b. Mengedar risalah berbentuk pamplet, brosur dan poster ditempat tertentu seperti di masjid dan lain-lain.
   c. Melalui khubah jumaat.
   d. Mengadakan bengkel dan seminar.

 

6. Bagaimana perbelanjaan hasil kutipan wakaf tunai?

• Berdasarkan kepada prinsip wakaf, iaitu harta wakaf adalah bersifat kekal dan tidak boleh menghabisi, semantara wang tersebut akan ditukar kepada aset yang bersifat kekal.

• Aset-aset yang akan dibangunkan adalah mengambilkira mendatangkan hasil atau pulangan seterusnya segala hasil tersebut dibelanjakan kepada:-

   a. Sektor sosial seperti bantuan kepada fakir miskin, bantuan kesihatan
   b. Sektor Pendidikan seperti bantuan kepada pelajar sekolah rendah hingga ke Universiti.
   c. Sektor Agama seperti bayaran kepada mubaligh, pendakwah dan sebagainya bagi memartabatkan syiar Islam.

 

7. Adakah matlamat waqaf tunai membantu sosio ekonomi masyarakat terutama bagi ummat Islam ?

• Sebagaimana keterangan pada bilangan 13, waqaf tunai adalah salah satu mengukuhkan ekonomi ummat Islam. Matlamat ini bukalah seperti menanam sebuah pokok yang dapat makan buahnya dalam masa 3 atau 4 tahun, tetapi ia berguna bagi generasi yang akan datang iaitu memakan masa puluhan tahun. Malah ribuan tahun kerana harta wakaf adalah kekal.

 

8. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan , bagaimana hendaklah merujuk ?

• Boleh merujuk ke Unit Wakaf Tunai MAIDAM  dan boleh hubungi 09-6303030  samb 3106 dan 3115 .

 

9. Jika saya menjumpai duit bernilai RM100 , bolehkah saya mewakafkan duit tersebut?

• Tidak boleh kerana bukan sempurna milik .

 

10. Bolehkah berwakaf untuk orang yang telah meninggal dunia ?

•Boleh

Read more...

Cara Berwakaf

* Pelepasan Cukai diambil kira iaitu dibawah "Akta Cukai Pendapatan 1976 sub seksyen 44(6)"

 

Segala pembayaran melalui cek/kiriman wang /wang pos / bank draft hendaklah ditulis atas nama Unit Wakaf Tunai MAIDAM dan di alamatkan kepada :


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM )
Unit Wakaf Tingkat 2 ,
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
20519 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Tel: 09-6303030 samb : 3108

Read more...

Konsep Wakaf Tunai

• Mewakafkan harta adalah merupakan amalan jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam kerana amalan wakaf bukan hanya sebagai satu ibadat malahan ia merupakan satu sistem yang berpotensi untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat Islam melalui pengumpulan harta secara bersama dan berkelompok.


• Skim Waqaf Tunai adalah satu skim bagi menggalakkan orang ramai (umat Islam) menyumbang dan membuat pelaburan sebagai sedekah jariah (wakaf) tanpa had minimum untuk tujuan demi kepentingan,kebajikan dan kemaslahatan umat Islam secara menyeluruh.


• Sesiapa sahaja yang beragama Islam boleh menyertai skim ini. Skim Waqaf Tunai ini memudahkan umat Islam untuk mewakafkan harta mereka dalam bentuk wang tunai kerana tidak semua umat Islam di negeri ini khasnya dan di Malaysia amnya mempunyai aset atau harta kekal seperti tanah, bangunan dan sebagainya.


• Dengan memperkenalkan Skim Waqaf Tunai yang mudah ini maka diharap semua umat Islam di negeri ini dapat menyumbang dan membuat pelaburan untuk akhirat mereka.

Read more...

Objektif Wakaf Tunai

• Menyuburkan dan membudayakan semula amalan berwakaf yang merupakan sedekah jariah yang sangat dituntut dalam Islam.


• Menyediakan kemudahan alternatif kepada umat Islam untuk menyertai ibadat maliah seperti wakaf mengikut kemampuan masing-masing tanpa melibatkan harta/aset kekal.


• Menggalakkan umat Islam mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini berpotesi untuk menggerakkan pembangunan sosio-ekonomi ummah.


• Menanam dan mendidik sikap,semangat dan kerjasama yang erat sesama umat Islam berkonsepkan ukhuwah Islamiah dan semangat taawun dalam Islam.


• Memperbanyakkan lagi pegangan aset umat Islam hasil daripada pengumpulan wang tunai dan disalurkan untuk kepentingan agama dan pembangunan sosio-ekonomi ummah.


• Dapat melaksanakan pembangunan harta-harta wakaf dan sosio-ekonomi ummah dengan skop yang lebih luas, dinamik dan bersepadu.


• Meluaskan saluran kebajikan dengan lebih holistic,sistematik dan berkesan.


• Melahir dan menzahirkan pembangunan isititusi wakaf yang lebih produktif dan berwibawa.

Read more...

Hukum Syarak

1. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 memutuskan berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ke-7 yang bersidang pada 31 Januari 2007 telah memutuskan Skim Waqaf Tunai dibenarkan untuk dilaksanaan.

Read more...

Perundangan

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) adalah badan authority yang mengendalikan apa-apa yang berkaitan entiti Wakaf termasuk Waqaf Tunai sebagaimana termaktub di dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Tahun 2001 Seksyen 63 “Majlis menjadi pemegang amanah tunggal wakaf”.

Read more...
Subscribe to this RSS feed

Bilangan Pengunjung

Hari ini 245

Hari sebelum 2300

Minggu ini 7183

Bulan ini 8097

Jumlah 223724

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?