Lawatan Ke Tanah Perkuburan RAUDHATUL SAKINAH

Pada 20 September 2013 yang lalu bersempena dengan Kursus Pengukuhan Integriti Pegawai dan Kakitangan Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah diadakan lawatan ke Tanah Perkuburan Islam KL-Karak yang lebih dikenali dengan nama Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah.

Lawatan ini telah disertai oleh seramai 40 orang peserta kursus tersebut dan diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam), Tuan Haji Omar bin Musa dan Pengarah Kanan Jabatan Dakwah, Pendidikan dan Pengurusan Masjid, Yang Berbahagia Dato’ Hajjah Samsiah binti Dato’ Haji Awang.


Objektif lawatan ini antaranya adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan mengenai corak pentadbiran dan pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam mengurus dan membangunkan tanah perkuburan pintar yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat untuk memudahkan orang ramai mencari waris yang dikebumikan di tanah perkuburan tersebut yang seluas 98 ekar.

Maklumat yang ingin dicari boleh diakses menerusi laman web iaitu www.epusara.jawi.gov.mydan dengan mudah tempat persemadian waris yang ingin dicari akan ditemui melalui maklumat lengkap yang terpapar iaitu nombor lot atau seksyen di mana jenazah dikebumikan. Ini akan memendekkan masa pengunjung dalam mengesan waris masing-masing. Pencarian melalui sistem yang disediakan ini amatlah mudah dan berbeza dengan cara pencarian sebelum ini di mana waris terpaksa membaca satu persatu batu nisan yang terdapat di sesebuah tanah perkuburan.

Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah merupakan tanah perkuburan yang berkonsepkan kubur dalam taman di mana konsep utama di dalam pelan pembangunan tanah kubur ini meliputi 80% tapak pengkebumian, 6% tapak kemudahan infrastruktur dan pengurusan, manakala 14% sebagai rangkaian pejalan kaki.Tapak pengkebumian ini dibahagikan mengikut blok-blok berukuran 120 kaki x 160 kaki yang dipisahkan dengan siar kaki yang dihiasi dengan pokok-pokok renek. Landskap pula diperindahkan dari pokok-pokok yang kurang penyelenggaraan, berbau harum, daun berwarna dan rendang seperti cempaka hutan, melor, bunga china, cempaka putih, kemboja, craton dan pokok-pokok lain yang difikirkan sesuai.

Last modified on Tuesday, 26 September 2017 23:37
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 1289

Hari sebelum 2664

Minggu ini 3953

Bulan ini 54006

Jumlah 2718605

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?