Pembayaran Zakat Perniagaan Kumpulan Golden Pharos Berhad


Kuala Terengganu, 23 November 2014, Kumpulan Golden Pharos Berhad (GPB),  syarikat senaraian awam yang juga syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Terengganu (“GLC”) hari ini membuat pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM312,200.


Replika cek tersebut diserahkan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar, Pengerusi GPB kepada YB Dato’ Bentara Luar, Dato’ Haji Omar Pilus, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu dalam satu majlis ringkas di pejabat MAIDAM. Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Zakat), Ustaz Azmi bin Tengah; Ketua Pegawai Eksekutif GPB Y.Bhg. Dato’ Zakaria bin Awang; ahli-ahli Lembaga Pengarah GPB serta pengurusan kanan kumpulan GPB turut hadir menyaksikan penyerahan cek zakat tersebut.


Kumpulan GPB menganggap tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai unsur penting perniagaan. Justeru, Kumpulan telah mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan oleh masyarakat setempat di persekitaran operasi Kumpulan.


Kumpulan GPB percaya bahawa masyarakat setempat memainkan peranan penting dalam menyokong aktiviti perniagaan Kumpulan dan telah berusaha untuk menyumbang kepada komuniti di mana ianya beroperasi melalui inisiatif pendidikan dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.


Dalam tahun semasa, Kumpulan GPB terus menyokong program “Sparkling English”- Kelas Tuisyen Bahasa Inggeris bagi pelajar-pelajar tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah di kawasan berhampiran dengan operasi subsidiari, Pesaka Terengganu Berhad. Inisiatif pendidikan ini dilaksanakan bertujuan membantu pelajar-pelajar di kawasan pedalaman meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Kumpulan juga menaja kelas iqra’ bagi anak-anak pekerja dan juga kelas agama mingguan bagi orang dewasa, yang dikendalikan di sebuah subsidiari.


Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dan pengeluar barangan kayu bersepadu, Kumpulan telah menyumbang ke arah pemuliharaan alam sekitar melalui pengurusan hutan lestari, memberikan peluang yang luas kepada pekerja-pekerjanya serta menghasilkan produk yang mesra alam. Kumpulan GPB mengamalkan pengurusan kawasan konsesi balak lestasi yang turut diiktiraf oleh badan antarabangsa, Forest Stewardship Council (FSC) dengan dua kawasan konsesi yang diuruskan oleh subsidiari-subsidiarinya mendapat pensijilan FSC. Konsesi Hutan Kompleks Perkayuan Dungun seluas 108,900 hektar mula memperolehi pensijilan FSC mulai 21 April 2008. Kawasan konsesi subsidiari ini adalah hutan terbesar di Semenanjung Malaysia yang menerima pensijilan FSC dan hanya hutan asli kedua di Malaysia yang menerima penghormatan ini.


Di samping itu, sebuah lagi subsidiari telah Berjaya memperolehi pensijilan yang diiktiraf oleh FSC bagi Konsesi Hutan Cherul seluas 20,243 hektar pada 10 Disember 2012 seperti yang disahkan oleh SCS Global Services. Pensijilan ini adalah sah selama lima tahun sehingga 9 Disember 2017. 

Sumber : Golden Pharos Sdn.Bhd

Klik Untuk Melihat Foto Sekitar Majlis

Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 38

Hari sebelum 1148

Minggu ini 3261

Bulan ini 33683

Jumlah 555737

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?