Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jamuan Hari Raya MAIDAM 2014

Kerajaan Terengganu terus memberi penghargaan kepada kakitangan perkhidmatan awam yang berkhidmat dengan cemerlang apabila seramai 92 kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dari pelbagai peringkat jawatan dan jabatan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah berkata, jumlah tersebut adalah lapan peratus daripada jumlah keseluruhan pegawai dan kakitangan di bawah Maidam.

Katanya, kakitangan yang menerima APC kali ini layak untuk dicalonkan bagi anugerah perkhidmatan cemerlang di peringkat negeri.

“Diharap pengiktirafan yang diberikan kepada penerima anugerah pada kali ini menjadi pemangkin dan pendorong untuk meneruskan kecemerlangan pada masa hadapan dan seterusnya menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan sekerja yang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Perkhidmatan Cemerlang, Persaraan dan Pertukaran Kakitangan Maidam 2014, di Dewan Auditorium Pusat Pentadbiran Islam Negeri Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Mohd Rozali Saleh.

Mazlan turut mengingatkan kakitangan Maidam supaya bekerja dengan ikhlas dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan demi kegemilangan dan kecemerlangan perkhidmatan awam di negeri ini.

 

KLIK UNTUK MELIHAT FOTO SEKITAR MAJLIS

 

 

Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 1445

Hari sebelum 2664

Minggu ini 4109

Bulan ini 54162

Jumlah 2718761

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?