Etiqa Takaful Berhad Serah Zakat Perniagaan.

Etiqa Takaful Berhad menyerahkan sumbangan zakat RM302,667.35 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebagai salah satu usaha memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya.


Majlis Penyerahan itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Rizlan Azman kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Mohd Rozali Salleh dengan disaksikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman di Wisma Darul Iman, hari ini.

Menurut Ahmad Rizlan, sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menunaikan zakat perniagaan, pihaknya setiap tahun akan menunaikan tanggungjawab tersebut kepada semua negeri termasuk Terengganu dengan tumpuan kepada agensi yang berlainan setiap tahun.

“Selain menghulurkan wang zakat untuk golongan asnaf fakir dan miskin, Etiqa Takaful Berhad juga memperuntukkan sebahagian wang zakatnya untuk tujuan lain seperti membiayai pembinaan sekolah dan membantu badan-badan bukan kerajaan (NGO) menjalankan aktiviti serta program kemasyarakatan,” ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan zakat tersebut.

Ahmad Rizlan berkata, pihaknya mengharapkan sumbangan zakat kepada pihak Maidam itu sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan di negeri ini mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Sumber : teganukita.my

Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 1262

Hari sebelum 2664

Minggu ini 3926

Bulan ini 53979

Jumlah 2718578

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?