Hari Raya Aidil Adha disambut sederhana tetapi meriah di negeri ini dengan kehadiran lebih 2,000 umat Islam bersama dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat sunat Aidil Adha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Ladang, Kuala Terengganu pagi tadi.
Sultan Mizan tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 8.00 pagi. Mengiringi baginda Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah.
Selepas selesai menunaikan solat, Sultan Mizan meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata.
Cuaca baik pagi ini digunakan sepenuhnya oleh umat Islam di Terengganu untuk menunaikan ibadah qorban dalam suasana penuh kesyukuran.
Sumber: teganukita.my