MAIDAM Salur Bantuan Banjir

Kemaman 9 Dis 2013 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melalui Jabatan Baitulmal telah menyediakan bantuan berupa air mineral,  beras, bihun, sardin, biskut, roti, toto/narita, pampers, tuala wanita dan lain-lain bernilai RM 35,000.00 dan telah dihantar ke Pejabat Daerah Kemaman serta pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol dan Sekolah Kebangsaan Binjai. Bantuan ini diberi bagi menampung bekalan yang telah disediakan oleh jawatankuasa berkaitan.


MAIDAM sedang berusaha untuk mengenalpasti jumlah asnaf fakir dan miskin yang rumah mereka ditenggelami banjir. Bantuan tunai akan diberikan bagi membantu mereka membeli keperluan rumah dan kadar bantuan akan ditentukan dalam jangkamasa terdekat. MAIDAM juga akan membantu asnaf  berkenaan bagi membina atau membaikpulih rumah yang rosak akibat banjir.

Bagi tahun 2014, MAIDAM telah memperuntukkan sejumlah RM 12 juta bagi membaikpulih dan membina baru rumah asnaf fakir dan miskin berbanding RM 5 juta pada tahun 2013.

MAIDAM juga sedang mengkaji kemungkinan memperluaskan bantuan ini kepada fakir miskin yang menerima bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima bantuan MAIDAM.

 

Last modified on Tuesday, 26 September 2017 23:37
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 356

Hari sebelum 1025

Minggu ini 1381

Bulan ini 12882

Jumlah 98924

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?