KENAPA PEMBAHAGIAN PUSAKA PERLU DISEGERAKAN
Pembahagian pusaka perlu disegerakan bagi mengelakkan perkara seperti berikut berlaku :
• Memakan dan menguasai harta dengan cara yang batil.
• Hutang si mati tidak dapat dijelaskan.
• Wasiat tidak disempurnakan dengan segera.
• Bilangan waris yang berhak bertambah akibat kematian berlapis.
• Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan sebenar.
• Harta tidak terurus dan terbiar.
• Urusniaga tidak dapat dijalankan.
• Wang pampasan pengambilan balik tanah oleh kerajaan tidak dapat dibayar kepada waris-waris kerana masih berdaftar atas nama si mati.
• Kehilangan dokumen penting seperti surat mati, surat perjanjian dan sebagainya.
Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Wahai orang-orang Islam, janganlah kamu saling memakan (gunakan) harta-harta di antara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya…)
(an-Nisa’ : 29)