1. Bantuan Saguhati Memeluk Islam
- Objektif
- Memberi bantuan kepada golongan muallaf yang menghadapi pelbagai cabaran setelah memeluk agama Islam. - Syarat-syarat
- Mendaftar pengislamannya di negeri Terengganu.
- Layak mendapat bantuan sekali sahaja. - Kadar Bantuan
- Wang Tunai : RM250.00
- Kit Ibadah tidak melebihi RM700.00
- Saguhati RM2000.00 (jika lulus ujian lisan Asas Fardhu Ain) - Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
- Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
- Kad Pengenalan dan Surat Akuan Masuk Islam/Kad Memeluk Islam.
- Salinan buku Akaun Bank yang masih aktif.
- Lain-lain dokumen berkaitan. - Cara Bayaran
- EFT/Cek/Cara lain yang bersesuaian.
2. Bantuan Perkahwinan
- Objektif
- Meringankan beban muallaf yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. - Syarat-syarat
- Muallaf mesti menetap di negeri Terengganu.
- Layak dipertimbangkan sekali sahaja.
- Telah mendapat kebenaran untuk berkahwin daripada Pendaftar Perkahwinan/mendapat sijil perkahwinan - Kadar Bantuan
- Tidak melebihi RM2000.00 - Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
- Permohonan hendaklah dibuat secara ‘online’ menerusi laman web http://www.espmb.com/maidam_zakat/ - Cara Bayaran
- EFT/Cek/Cara lain yang bersesuaian.
3. Bantuan Kelas Bimbingan
- Objektif
- Menggalakkan muallaf mendalami ilmu agama serta membimbing mereka. - Syarat-syarat
- Guru mesti dilantik oleh MAIDAM.
- Pelajar mestilah muallaf yang menetap di negeri Terengganu.
- Menghadiri kelas bimbingan yang dianjurkan oleh MAIDAM. - Kadar Bantuan
- Elaun Guru: Tidak lebih daripada RM200.00 sekali mengajar dan tuntutan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
- Elaun Pelajar: Tidak lebih daripada RM50.00 sekali hadir (bagi dewasa)
Tidak lebih daripada RM30.00 sekali hadir (bagi sekolah menengah)
Tidak lebih daripada RM15.00 sekali hadir (bagi sekolah rendah) - Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
- Isi borang mengikuti kelas bimbingan saudara kita.
- Sertakan kad pengenalan/passport dan kad Islam/surat pendaftaran masuk Islam (bagi yang tiada kad Islam). - Cara Bayaran
- EFT/Cek/Cara lain yang bersesuaian.
4. Bantuan Aktiviti/Program Muallaf
- Objektif
- Memantapkan aqidah muallaf agar mematuhi ajaran Islam. - Syarat-syarat
- Aktiviti tersebut dipersetujui oleh MAIDAM.
- Aktiviti/program yang dianjurkan mestilah berunsur tarbiah, pendidikan, keagamaan dan lain-lain. - Kadar Bantuan
- Bergantung kepada kesesuaian aktiviti yang dijalankan dan tertakluk kepada kelulusan MAIDAM. - Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
- Diuruskan oleh Unit Dakwah-Saudara Kita. - Cara Bayaran
- EFT/Cek/Cara lain yang bersesuaian.
5. Bantuan Pengajian Muallaf
- Objektif
- Membiayai pengajian muallaf dan menggalak muallaf untuk mendalami ilmu. - Syarat-syarat
- Khusus kepada muallaf yang menetap di negeri Terengganu.
- Telah mendapat kelulusan MAIDAM.
- Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
- Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
- Tempoh pengajian dan pembiayaan berdasarkan kepada institusi berkenaan.
- Pembiayaan akan diberikan kepada pelajar yang tidak mendapat mana-mana pinjaman/tajaan.
- Bantuan yang disalurkan merangkumi yuran pengajian dan kos sara hidup pelajar. - Kadar Bantuan
- Bantuan penuh pengajian tertakluk kepada jumlah yang ditetapkan oleh institusi pengajian berkenaan. - Kaedah Permohonan/Pelaksanaan
- Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan secara bertulis.
- Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
i. Salinan kad pengenalan pemohon dan kad memeluk Islam.
ii. Surat tawaran belajar.
iii. Sijil-sijil akademik.
iv. Lain-lain dokumen yang berkaitan. - Cara Bayaran
- EFT/Cek/Cara lain yang bersesuaian.