Logo 400x400


KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menggalakkan rakyat di negeri itu untuk membayar zakat fitrah secara 'online' atau atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan kelmarin, MAIDAM berkata, pihaknya telah menetapkan beberapa perkara bagi membolehkan umat Islam menunaikan zakat dengan pantas dan selamat.

"Bayaran melalui FPX (secara atas talian) boleh dibuat di portal www.maidam.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih 'Snap & Pay' yang boleh dimuat turun dari Play Store," ujar kenyataan itu.

Dalam pada itu, MAIDAM berkata, perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui amil masih disediakan namun ia hanya terhad bagi mereka yang tiada kemampuan bergerak dan tidak mahir menggunakan teknologi atau tidak mempunyai capaian internet.

"Walaupun begitu, mereka ini disaran untuk mendapatkan bantuan ahli keluarga yang memahami dan mengetahui kaedah pembayaran atas talian dahulu.

"Sekiranya masih gagal dengan cara itu, pembayar boleh menghubungi amil di kawasan atau mukim masjid masing-masing.

"Orang ramai boleh melayari portal www.maidam.gov.my untuk mengetahui maklumat amil di setiap kawasan, kita telah melantik 1,089 amil mengikut mukim masjid," jelas MAIDAM.

Tambah MAIDAM, untuk maklumat lanjut orang awam boleh layari www.maidam.gov.my atau melalui Facebook rasmi MAIDAM.

Sumber : teganukita.net

Bilangan Pengunjung

Hari ini 50

Hari sebelum 586

Minggu ini 3388

Bulan ini 23415

Jumlah 1040817

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?