FAQ Wakaf


1. Bagaimana pandangan ulama tentang wakaf ?

Kebanyakan ulama berpendapat, harta yang diwakaf mestilah bersifat kekal ‘Muabbad’ kecuali setangah ulama yang lain seperti mazhab maliki berpendapat bahawa harta wakaf dibenarkan bersifat semantara ‘Muaqqat’.
 
2. Bolehkan kita memilih mazhab selain mazhab syafie dalam kes di atas ?

Dalam bidang kuasa agama, sepertimana merujuk Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Tahun 2001 Sekyen 54 bahawa Pihak Jawatankuasa Fatwa perlu memutuskan masalah syarak bersandarkan qaul muktamad dalam mazhab syafie. Maka secara tidak langsung berwakaf mestilah mengikut rukun dan syarat yang telah ditetapkan dalam mazahab syafie.

3. Apakah ganjaran berwakaf samada pesanan melalui Al-Quran atau hadis ?

Secara tidak langsung di dalam al-Quran menyebut secara umum bagi setiap nafkah yang diberikan termasuk berwakaf sepertimana di dalam surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud “Perumpamaan bagi orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."
 
Di dalam hadis pula, iaitu daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah telah bersabda “Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya". (HR Muslim)

Hadis ini memberi gambaran kelebihan ciri-ciri berwakaf walaupun secara zahir perkataan ‘wakaf’ tidak di sebut, tetapi para ulama mengatakan sedekah jariah adalah diberimakna berwakaf.

4. Bagaimana masyarakat hendak mengetahui skim wakaf tunai di MAIDAM

Bagi bergerak secara proaktif, MAIDAM telah membuat beberapa langkah untuk mempromosikan produk ini seperti :
  1. Pengiklanan melalui radio.
  2. Mengedar risalah berbentuk pamplet, brosur dan poster di tempat tertentu seperti masjid dan lain-lain.
  3. Melalui khutbah Jumaat.
  4. Mengadakan bengkel dan seminar.

5. 
Bagaimana perbelanjaan hasil kutipan wakaf tunai?

Berdasarkan kepada prinsip wakaf, iaitu harta wakaf adalah bersifat kekal dan tidak boleh dihabisi, maka wang tersebut akan ditukar kepada aset yang bersifat kekal.

Aset-aset yang akan dibangunkan adalah mengambilkira mendatangkan hasil atau pulangan, seterusnya segala hasil tersebut dibelanjakan kepada:-
  1. Sektor Sosial seperti bantuan kepada fakir miskin seperti bantuan dari segi kesihatan.
  2. Sektor Pendidikan seperti bantuan kepada pelajar sekolah rendah hingga ke universiti.
  3. Sektor Agama seperti bayaran kepada mubaligh, pendakwah dan sebagainya bagi memartabatkan syiar Islam. 

6. Adakah matlamat wakaf tunai membantu sosio ekonomi masyarakat terutama bagi ummat Islam ?

Wakaf tunai adalah salah satu strategi bagi mengukuhkan ekonomi ummat Islam. Matlamat ini bukanlah seperti menanam sebuah pokok yang dapat makan buahnya dalam masa 3 atau 4 tahun, tetapi ia berguna bagi generasi yang akan datang iaitu memakan masa puluhan tahun, malah ribuan tahun kerana harta wakaf adalah bersifat kekal.
 

7. Jika terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan, di mana boleh dirujuk ?

Boleh merujuk ke Bahagian Pengurusan Mal MAIDAM, Unit Wakaf Tunai dengan menghubungi nombor 09-6303030.

8. Jika saya menjumpai duit bernilai RM100, bolehkah saya mewakafkan duit tersebut?

Tidak boleh kerana tidak sempurna milik iaitu bukan milik orang yang menjumpainya.

9. Bolehkah berwakaf untuk orang yang telah meninggal dunia ?

Boleh.

Hasil Dari Istibdal ( Pertukaran Aset )



Bil. No Lot  Tempat Penyewa Kegunaan Semasa

Kadar Sewaan 

1. 18170 Batu Enam Syarikat Desa Murni Premis RM 10,600.00
2 18171 Batu Enam Syarikat Desa Murni Premis
3. 18172 Batu Enam Syarikat Desa Murni Premis
4.
18182 Batu Enam Kedai 7 Eleven Premis RM 3, 074.00
5. 18182 Batu Enam Pencawang Webe Digital Premis RM 1,690.00

Cara Berwakaf

 

Di Mana Bayaran Boleh Dibuat

Segala pembayaran melalui cek / kiriman wang / wang pos / bank draft hendaklah ditulis atas nama Unit Wakaf Tunai MAIDAM dan dialamatkan kepada :


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM )
Unit Wakaf, Tingkat 2 ,
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Kompleks Seri Iman,
Jalan Sultan Mohamad,
20519 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Tel: 09-6303030 samb : 3108

 

Pelepasan Cukai

Pelepasan Cukai diambil kira iaitu di bawah "Akta Cukai Pendapatan 1976 sub seksyen 44(6)".

 

 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 63

Hari sebelum 1185

Minggu ini 3641

Bulan ini 2458

Jumlah 1367582

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?