29 Januari 2019 (Selasa) – AGROBANK telah menyerahkan zakat perniagaan untuk tahun 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM31,000.00.
Penyerahan cek disempurnakan oleh Encik Syed Ibrahim bin Syed Mohd, Regional Manager AGROBANK Terengganu/Kelantan kepada Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM. Majlis telah berlangsung di pejabat AGROBANK Cawangan Kuala Terengganu.
Encik Syed Ibrahim bin Syed Mohd, Regional Manager AGROBANK Terengganu/Kelantan menyerahkan cek pembayaran zakat perniagaan AGROBANK untuk tahun 2017 kepada Encik Saidi bin Salleh @ Sulong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.