Pembangunan hartanah wakaf di Malaysia mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Wakaf,
Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri Putrajaya Berjaya menyiapkan hotel wakafnya yang terbesar di Bandar Kuala Terengganu terletak di tengah Bandar berhampiran dengan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Majlis penyerahan kunci bangunan hotel tersebut telah diadakan pada 8 April 2013 bersamaan 27 Jamadil Awal 1434 disempurnakan oleh YBhg Datuk Hajjah Hasnah binti Haji Salleh, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) , Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Beberapa orang kenamaan yang hadir dalam majlis tersebut adalah Ketua Pengarah JAWHAR, Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am (CKBA), Datuk Ar. Prof. Dr . Amer Hamzah bin Mohd Yunus, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama/Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Dato' Haji Mohd Rozali bin Saleh dan Pengarah JKR Negeri Terengganu, Haji Shafei bin Mohamed serta pegawai – pegawai kanan daripada beberapa jabatan dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri. Dianggarkan lebih 250 jemputan turut hadir menyaksikan penyerahan kunci hotel ini.

Di dalam majlis tersebut Ketua Pengarah JAWHAR, Datuk Anan C. Mohd telah menerima dokumen penyerahan projek dan replica kunci hotel daripada JKR yang diwakili oleh Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am (CKBA) Ibupejabat, Datuk Ar. Prof. Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus. Replika Kunci Hotel tersebut kemudiannya diserahkan kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama / Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Dato' Haji Mohd Rozali bin Saleh sebagai pemegang amanah tunggal wakaf dan end user. Dimajlis yang sama juga turut diadakan penyerahan suratkuasa operasi hotel oleh MAIDAM kepada Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) , satu entity wakaf yang diwujudkan oleh JAWHAR bagi mengurus pengoperasian hotel dan seterusnya kepada operator hotel Syarikat Ayahbonda Sdn Bhd untuk tujuan pengoperasian. Hotel ini telah mula beroperasi pada 15 April 2013

Hotel yang di bina dengan kos RM41.7 juta ini mengandungi 180 bilik merupakan hotel yang keempat disiapkan oleh JAWHAR menerusi Jabatan Kerja Raya. Keseluruhan sumber kewangan bagi membina bangunan hotel yang tersergam indah ini adalah diterima daripada dana wakaf dibawah Pembangunan Hartanah Wakaf JAWHAR RM Ke-10. Sebelum ini 3 hotel wakaf JAWHAR bertaraf 3+ bintang telah siap dan beroperasi iaitu Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIM) di Melaka berharga RM25.6juta, Hotel Klana Beach Resort Port Dickson (JAWHAR-MAINS) di Negeri Sembilan berharga RM33juta dan Hotel Seri Warisan (JAWHAR-MAIPk) di Perak berharga RM19 juta.
Ia merupakan satu sumbangan dalam bentuk wakaf untuk kemaslahatan ummah daripada Kerajaan Persekutuan kepada Majlis Agama Islam Negeri.

Bangunan hotel 7 tingkat ini kelihatan menarik sekali kerana mengandungi rekabentuk bercirikan Islam. Terdapat kemudahan kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa yang mengasingkan lelaki dan perempuan. Disamping itu terdapat 2 dorm untuk lelaki dan perempuan yang boleh diisikan sebanyak 50 katil dan amat sesuai kepada pengunjung yang dating secara berkumpulan. Dijangka hotel ini akan memberihasil pulangan wakaf secara tetap kepada MAIDAM dan YWM sebanyak RM1.8juta setahun. Hotel ini boleh di hubungi seperti berikut:

Hotel Grand Puteri(JAWHAR-MAIDAM)
PT3981,
Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu
Telefon : 09-621 5555

Bilangan Pengunjung

Hari ini 12

Hari sebelum 751

Minggu ini 1548

Bulan ini 11405

Jumlah 180242

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?