HARTA PUSAKA
• Harta Pusaka adalah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan hak miliknya hingga kematiannya.
HARTA PUSAKA TERMASUK
• Semua harta yang diperoleh secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.
• Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
• Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
• Dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
• Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.
HARTA PUSAKA TIDAK TERMASUK
• Harta yang telah diberi (hibah), dijual, diwakafkan dan dipegang amanah si mati kepada seseorang semasa hayatnya.
• Khairat kematian.
• Pemberian oleh orang yang menziarahi kematian.
• Imbuhan, pampasan dan saguhati.
• Pencen terbitan.
• Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO).
• Harta yang dipinjamkan daripada orang semasa hayatnya.