Perpaduan Kunci Kejayaan - Sultan Terengganu

Sultan  Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru agar semua rakyat sentiasa bersatu padu dan sering bekerjasama dalam apa jua situasi sekalipun tanpa mengira segala perbezaan yang ada.

Majlis Graduasi Bakar Semangat Pelajar

Majlis Graduasi seperti majlis konvokesyen di universiti yang dilaksanakan di peringkat sekolah menengah dapat menjadi pembakar semangat kepada pelajar untuk menduduki peperiksaan penting seperti SPM dan STPM.

e-Khutbah

Sistem e-Khutbah dibangunkan bagi memudahkan pengedaran khutbah kepada pihak masjid. Setiap minggu khutbah akan dimuatnaik ke sistem ini bagi memudahkan penyampaian kepada para imam di setiap daerah dan pelusuk negeri Terengganu. Khutbah dalam format fail pdf dan pptx akan dimuatnaik dan dipapar mengikut susunan bulan terkini.  Sekiranya ingin mendapatkan khutbah yang telah lepas boleh dapatkan di galeri/koleksi/arkib khutbah. Setiap Pejabat Agama Daerah (PAD) telah diberi user id untuk memudahkan penyampaian khutbah ini. Untuk fail pdf, terdapat 2 versi iaitu versi jawi dan rumi.

                                  

                                                         

 

 

 

e-Zakat

Sistem eZakat ini juga merupakan salah satu modul di bawah portal TeG yang merangkumi proses kutipan zakat dan juga agihan bantuan zakat termasuk proses-proses berkaitan seperti pendaftaran amil dan agen kutipan, taksiran zakat, skim potongan gaji dan juga proses aliran kerja permohonan bantuan sehingga kelulusan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah :

A) Kalkulator Zakat :    

                                            1) Zakat Pendapatan
                                            2) Zakat Emas
                                            3) Zakat Wang Simpanan
                                            4) Zakat KWSP
                                            5) Zakat Perniagaan
                                            6) Zakat Ternakan
                                            7) Zakat Tanaman

B) Permohonan Bantuan   

                                            1) Semak Status Permohonan

 

 

  

                                                 

 

 

e-Munahakat

Sistem di dibangunkan di bawah portal Terengganu e-Government (TeG),  bertujuan untuk merekodkan maklumat Kursus Pra Perkahwinan, Nikah, Cerai, Rujuk, Kaunseling, dan mengeluarkan laporan-laporan yang diperlukan oleh JAKIM, Jabatan Perangkaan, MAIDAM dan Pejabat SUK sendiri. Bahagian Undang-Undang Keluarga dan setiap Pejabat Agama Daerah (PAD) menggunakan sistem ini dan dipantau oleh Unit ICT jabatan. Sekiranya terdapat pembaikian, Unit ICT akan bekerjasama dengan UPMN mengemaskini coding berdasarkan perubahan yang diperlukan.

 

 

 

                                          

 

 

 

e-Rahnu

Sistem Ar-Rahnu MAIDAM (e-Rahnu) dibangunkan bagi mengurus proses pendaftaran penggadai, proses gadaian, proses tebusan, proses bayaran, pengeluaran notis, proses lelongan dan bayaran balik.

Sistem ini dibangunkan secara web-based dan dihost di Bilik Server Bahagian Teknologi Maklumat MAIDAM. Ianya digunapakai di sembilan cawangan Ar-Rahnu MAIDAM seluruh negeri Terengganu.

 

 

 

 

 

e-Masjid

Sistem e-Masjid dibangunkan oleh Unit ICT bagi tujuan merekodkan maklumat berkaitan masjid seperti keterangan masjid, senarai Ahli Jawatankuasa Masjid, Imam, Bilal, senarai surau berdekatan, peringatan bagi imam dan bilal yang akan tamat tempoh kontrak, bersara serta lain-lain yang berkaitan untuk dibuat bayaran ganjaran.  Laporan dibuat berdasarkan keperluan Bahagian Pengurusan Masjid. Carian dan laporan boleh dibuat mengikut daerah, DUN, parlimen dan mukim.

 

 

                                                  

 

 

 

Bilangan Pengunjung

Hari ini 108

Hari sebelum 758

Minggu ini 5874

Bulan ini 23881

Jumlah 1013267

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?