Skim Wakaf Tunai Terengganu Diberi Nafas Baru

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan menyuntik nafas baharu dalam perlaksanaan Skim Wakaf Tunai melalui potongan gaji bagi memudahkan penjawat awam dan swasta menyumbang dalam skim itu. 
 

Bank Rakyat Serah Zakat Perniagaan RM1,108,435

bankrakyatserahzakatBank Rakyat menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2014 berjumlah RM1,108,435 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima zakat itu yang disampaikan Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abd Razak, di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Kursus Pengurusan Fail dan Dokumen MAIDAM 2017

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Kursus Pengurusan Fail dan Dokumen Kerajaan pada 21-23 Mei 2017 bertempat di Hotel M.S Garden, Kuantan, Pahang.

Kursus ini telah dihadiri oleh 34 orang pegawai dan kakitangan MAIDAM dan dikendalikan oleh KACD Resources Sdn. Bhd. Antara lain kursus ini mendedahkan peserta mengenai kategori rekod awam, pengkelasan dan pengendalian fail, merekod pergerakan fail, penggunaan sampul kecil, pengurusan fail 'Simpan Dalam Perhatian (SDP)' dan fail hilang serta pelupusan fail.

Majlis penutup dan penyampaian sijil kursus telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Setiausaha (Khidmat Pengurusan), Pn. Suhailawati bt. Saigai.

Foto

Hujan Tidak Halang 3,000 Peserta Berarak Sempena Maulidur Rasul

Walaupun hujan renyai dan cuaca mendung, kira-kira 3,000 peserta perarakan tetap bersemangat berarak sambil berselawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w dari Taman Shahbandar ke Stadium Negeri, Kuala Terengganu sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu, pagi ini.

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014

KUALA TERENGGANU – Seramai dua orang pelajar mendapat keputusan mumtaz (cemerlang) dalam semua 10 matapelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014 di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA).Mereka ialah Mohd Hafiz Izuddin Ahmad Ridzwan dan Adleen Nur Mustafa Kamal. Selain daripada mereka, dua orang lagi pelajar mendapat keputusan mumtaz dalam 8 matapelajaran, tiga (7 mumtaz) dan dua (6 mumtaz).

MB Ucap Tahniah Atas Kejayaan Pelajar STAM

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) kerana sekali lagi melakar sejarah dalam pembangunan pendidikan di Terengganu.

Bilangan Pengunjung

Hari ini 711

Hari sebelum 1013

Minggu ini 1724

Bulan ini 19731

Jumlah 1009117

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?