Wang Zakat yang dibayar kepada MAIDAM diagihkan kepada lapan (8) Asnaf yang layak menerima zakat. Berikut adalah asnaf-asnaf yang layak menerima zakat beserta skim bantuan yang disediakan oleh pengurusan MAIDAM :-
1. FAQIR
Bermaksud orang Islam yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau mempunyainya tetapi hanya mampu memenuhi sebahagian kecil sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.
• Bantuan Kewangan / Saraan Bulanan
• Bantuan Sempena Ramadhan
• Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakat
• Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
• Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara
• Bantuan Makanan / Keperluan Harian
2. MISKIN
Bermaksud orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan yang hanya memenuhi sebahagian sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.
• Bantuan Kecemasan / Bencana
• Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah
• Bantuan Sempena Ramadhan
• Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat
• Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin
• Bantuan Perubatan
• Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan
• Bantuan Sara Hidup
• Bantuan Serta Merta
• Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
• Bantuan Sewa Rumah
• Bantuan Makanan / Keperluan Harian
3. AMIL
Bermaksud Individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM, yang bertanggungjawab menjalankan urusan berkaitan zakat.
• Ambilan Terus oleh Amil
• Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus
4. AR-RIQAB
Bermaksud memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu atau sesuatu kemudaratan.
• Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIV
• Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis
5. AL-GHARIMIN
Bermaksud golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi maslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
• Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas
• Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris
6. Fisabilillah
Bermaksud mana-mana orang Islam atau pihak yang melibatkan diri atau mengadakan aktiviti dalam menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta meningkatkan penghayatan tentangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.
• Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara
• Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM
• Bantuan Pendidikan Dalam Negara
• Bantuan Pendidikan Luar Negara
7. Ibnu Sabil
Bermaksud mana-mana orang Islam yang berhasrat atau sedang bermusafir atau terkandas di dalam perjalanan yang memerlukan bantuan bagi maksud-maksud yang dibenarkan oleh hukum Syara' dari atau ke mana-mana jua negeri atau negara.
• Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara
• Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan
** Pengagihan zakat bagi sinf Muallaf diserahkan kepada Bahagian Saudara Kita, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
↵