Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu 2015M/1437H

 

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2015M / 1437H telah diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu yang bertemak

 

an 'PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA'. KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis tersebut. 

Terengganu Cadang Bina Bandar Wakaf Pertama Di Malaysia

Majlis Keraian Pengurusan Zakat

Majlis Keraian Pengurusan Zakat

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Majlis Keraian sempena kejayaan Bahagian Zakat MAIDAM dalam pungutan dan agihan zakat bagi tahun 2015. Majlis yang diadakan pada 6 Januari 2016 di Grand Putri Hotel, Kuala Terengganu, telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Yang DiPertua MAIDAM. 
 

Program Gotong-Royong Perdana

Khamis, 21 Januari 2016, MAIDAM telah mengadakan satu program gotong-royong perdana yang bertujuan untuk memusnahkan tempat-tempat yang menjadi pembiakan nyamuk aedes dalam kawasan Kompleks Seri Iman.

Program Pengagihan Bantuan Modal Zakat 2016

Ahad, 20 Mac 2016, MAIDAM telah mengadakan program pengagihan bantuan modal zakat didewan terbuka Kompleks Seri Iman yang telah disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Shaikh Harun Bin Shaikh Ismail kepada 102 orang asnaf dengan jumlah bantuan sebanyak RM385,992.75, sebagaimana lampiran dibawah.

Sultan Mizan Rasmi Persidangan Wakaf Senusantara

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengharapkan supaya ada pihak-pihak seperti anak syarikat kerajaan negeri, swasta dan institusi kewangan yang sudi tampil untuk bersama-sama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bagi membangunkan tanah-tanah wakaf yang berpotensi untuk dimajukan.

Di samping, bersedia untuk bekerjasama dengan menyumbangkan dana bagi pembangunan hartanah wakaf demi mempertingkatkan taraf ekonomi dan kehidupan rakyat di negeri ini terutama golongan miskin.

Baginda bertitah, di bawah Maidam setakat ini terdapat sebanyak 704 lot tanah wakaf dengan pelbagai tujuan antaranya seperti wakaf tapak masjid, tapak surau, tapak kubur, manfaat wakaf, wakaf am, wakaf zuriat, wakaf anak yatim, wakaf kepada pendidikan agama dan wakaf kebajikan sosial.

                                                                         

Titah baginda, daripada tanah-tanah wakaf ini terdapat tanah-tanah wakaf yang berpotensi untuk dimajukan, namun ianya tidak dapat dilaksanakan memandangkan Maidam kekurangan dana bagi tujuan tersebut.

“Beta dimaklumkan bahawa bagi menampung kekurangan dana, Maidam pada masa ini sedang mempergiatkan usaha mempromosi Wakaf Tunai dengan menggalakkan umat Islam dalam negeri ini untuk mewakafkan wang tunai.

“Dana wakaf tersebut akan ditukar dengan aset-aset kekal melalui pembangunan tanah wakaf sedia ada, pembelian aset yang strategik dan bernilai komersial seperti pembelian rumah kedai, pejabat atau membangunkan tanah perladangan dan perkilangan,” titah baginda ketika merasmikan Majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamir Khir Baharom, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Osman Muda.

Baginda bertitah, wakaf bukan hanya suatu ibadat untuk memperolehi pahala semata-mata tetapi ia juga merupakan instrument bagi pengukuhan ekonomi dan sosial umat Islam.

                                  

 

Sumber : teganukita.my

Seminar Perbankan Islam Peringkat Negeri Terengganu

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah mengadakan Seminar Perbankan Islam pada 15 April 2017 baru-baru ini. Program ini telah diadakan di Hotel Grand Puteri, Jalan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.

Hampir 400 orang telah hadir mengikuti seminar ini. Mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti agensi kerjaan, swasta, jawatankuasa masjid, NGO dan orang perseoragan. Program ini diadakan bagi menerangkan kepada masyarakat produk-produk perbankan Islam yang ada di Bank Islam khususnya dan di Malaysia amnya. Dengan penerangan yang diberikan umat Islam tiada alasan lagi untuk tidak menggunakan produk perbankan Islam dan urusan masing-masing. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Nazri Chik, Pengurus Besar, Ketua Pegawai Shariah Kumpulan, Bahagian Shariah BIMB.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM. Turut hadir Tuan Haji Wan Malik Wan Sidik, Ahli Majlis MAIDAM, Tuan Haji M.Rozi Bidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM dan Puan Wan Rosita Wan Mohamad, Ketua Wilayah Timur BIMB.  

Klik pada gambar di bawah untuk melihat gambar seterusnya.

Kadar Zakat Fitrah Di Terengganu Tidak Kurang RM7.00

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menetapkan kadar fitrah bagi tahun 1438H / 2017M tidak kurang RM7 seorang.

Yang Dipertua MAIDAM, YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail berkata kadar nilaian wang tunai itu dikira berdasarkan kepada harga beras gred super tempatan di pasaran.

Kadar zakat fitrah ini ditetapkan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 18 Mei lalu.

Mereka yang memakan beras dari jenis Super Import, kadar bayarannya adalah senilai dengan kadar beras yang dimakannya iaitu bersamaan 2.60 kilogram atau 2.97 cupak yang bersamaan satu gantang Baghdad.

Tahun lepas MAIDAM juga menetapkan kadar yang sama dan bagi melancarkan kutipan zakat pada tahun ini MAIDAM telah melantik 1,038 amil yang ditempatkan di beberapa lokasi terutamanya di masjid dan surau seluruh Terengganu.

Orang ramai boleh juga membayar zakat fitrah di mana-mana kaunter bayaran zakat MAIDAM dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja biasa dan pada minggu terakhir Ramadan, kaunter ini akan dibuka tujuh hari seminggu.

Beliau mengingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan sekiranya mana-mana orang Islam di negeri ini membayar fitrah atau zakat yang lain kepada orang selain MAIDAM atau wakilnya. Ini telah termaktub dalam Seksyen 20 (b) dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pada tahun 2016, MAIDAM berjaya memungut zakat fitrah sebanyak RM6.037 juta dan ia menyumbang kepada 4.5 peratus dari jumlah keseluruhan pungutan zakat di negeri Terengganu.

 

Zakat Fitrah Negeri Terengganu Tidak Kurang RM7.00

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menetapkan zakat fitrah pada tahun ini kekal pada kadar minimum RM 7. 

Yang Dipertua MAIDAM, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, kadar tersebut berdasarkan harga beras Gred Super Tempatan 10 peratus dan lima peratus hancur.

Katanya, individu yang menggunakan beras dari jenis Super Import pula, kadar bayaran adalah bersamaan dengan nilai 2.6 kilogram (kg) beras terbabit.

“Bagaimanapun pembayaran zakat fitrah bagi negeri ini ditetapkan dengan wang tunai sahaja berbanding sebelum ini turut menerima beras”, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kompleks Seri Iman di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Mohd Rozi Bidin.

Sehubungan dengan itu orang ramai boleh membuat pembayaran zakat fitrah melalui kaunter MAIDAM mulai pukul 8.30 pagi hingga 4 petang termasuk kaunter MAIDAM di UTC yang turut dibuka tujuh hari seminggu bermula 1 Ramadan ini.


Umat Islam juga boleh membayar melalui 1,038 amil yang ditempatkan di masjid dan surau di seluruh negeri.

Dalam majlis itu MAIDAM turut menerima zakat perniagaan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu yang berjumlah RM161,282.35 yang disampaikan oleh Pengurus Besar TNB Terengganu, Mohd Rashdi Ab Hamid @ Aziz.

Menurut Mohd Rashdi, TNB negeri telah membayar zakat perniagaan berjumlah RM 17.7 juta kepada MAIDAM sejak 1996 sehingga kini.

Terdahulu, Yang Dipertua MAIDAM turut menyumbangkan wang zakat berjumlah RM 1.1 juta kepada 10 pertubuhan yang menguruskan pusat pemulihan dadah, anak yatim, orang tua dan orang kelainan upaya.

Sumber – www.utusan.com.my

Bilangan Pengunjung

Hari ini 50

Hari sebelum 1084

Minggu ini 4799

Bulan ini 30451

Jumlah 587994

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?