Sertai Skim Wakaf Tunai

Sertai Skim Wakaf Tunai (3)

Potongan Gaji

PROSEDUR PENYERTAAN MELALUI POTONGAN GAJI


Bagi Kakitangan Kerajaan Persekutuan, Kakitangan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Syarikat Swasta:

• Penyertaan Skim Wakaf Tunai MAIDAM melalui potongan gaji boleh dibuat dengan kadar minimum sebanyak RM5 dan tiada had maksimum ditetapkan.

• Pemohon hendaklah menggunakan Borang Penyertaan Wakaf Tunai yang disediakan oleh MAIDAM.

• Borang penyertaan mengandungi 3 salinan (kertas berkarbon) yang berwarna putih, merah jambu dan kuning.

• Borang berwarna putih untuk salinan pejabat dan mestilah diserahkan kepada MAIDAM, borang berwarna merah jambu untuk salinan majikan dan seterusnya borang berwarna kuning perlu disimpan oleh pemohon.

• Sekiranya pemohon ingin menambah dan mengurangkan sumbangan wakaf, pemohon perlu mengisi semula borang potongan gaji dan nyatakan jumlah di ruangan ditambah/kurang.

• Pemohon yang ingin membatalkan skim potongan gaji Wakaf Tunai hendaklah memaklumkan kepada pihak majikan dan MAIDAM.

• Resit akan dikeluarkan pada setiap bulan setelah MAIDAM menerima bayaran daripada pihak majikan.

• Penyata Tahunan juga akan dikeluarkan kepada penyumbang.

Tekan di sini untuk Borang Penyertaan Wakaf Tunai MAIDAM

Read more...

Kaunter / Tabung WTT

PROSEDUR PENYERTAAN MELALUI KAUNTER

1. Sila hadirkan diri ke Ibu Pejabat MAIDAM di Kompleks Sri Iman atau Pusat Urusan Zakat Daerah.

2. Sila ambil nombor giliran kaunter pelbagai (Ibu Pejabat) dan mana-mana kaunter Pusat Urusan Zakat Daerah.

3. Buat pembayaran dan resit dikeluarkan.

4. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 096303030 samb. 3106

 

PROSEDUR PENYERTAAN MELALUI TABUNG

1. Sila hadirkan diri ke Ibu Pejabat MAIDAM di Kompleks Sri Iman ,Pusat Urusan Zakat Daerah atau Hotel Grand Puteri .

2. Masukkan wang ke dalam tabung yang disediakan.

3. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 096303030 samb. 3106

 

Read more...
Subscribe to this RSS feed

Bilangan Pengunjung

Hari ini 2514

Hari sebelum 1288

Minggu ini 3802

Bulan ini 5008

Jumlah 953129

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?