MAIDAM

1. Apakah Objektif MAIDAM

Jawapan:

- Matlamat MAIDAM adalah untuk mencapai objektif berikut;


• Pengembangan syiar Islam di negeri Terengganu melalui peningkatan kefahaman dan dakwah Islamiyyah, pengukuhan aqidah, pemurnian akhlak dan perlindungan hidup (duniawi dan ukhrawi) khususnya kepada golongan sasaran dan yang berisiko tinggi.
   
• Pemerkasaan Institusi Fatwa supaya menjadi pusat rujukan hukum Syarak yang berautoriti dan berwibawa.

• Pemerkasaan Institusi Pendidikan Islam termasuklah pondok dan sekolah agama persendirian (sekolah agama rakyat yang tidak mendapat bantuan kerajaan) sesuai dengan keperluan semasa untuk mencapai kesempurnaan khususnya dalam bidang keilmuan, urus tadbir dan pembentukan modal insan yang berteraskan kesemasaan (contemporary), kekuatan minda dan jatidiri penuntut daripada peringkat awal lagi.
   
• Pembangunan ekonomi yang lebih bersepadu dan halal dengan menggunapakai pendekatan yang berupaya untuk membebaskan umat Islam daripada garis kefakiran, kemiskinan dan kejahilan.
   
• Peningkatan kebajikan kepada anak yatim, kanak-kanak, wanita dan warga emas yang berisiko tinggi dari pelbagai sudut, khususnya dalam kalangan fakir, miskin dan muallaf.
 
• Pelaksanaan dan penyaluran agihan zakat dan sumber lain secara efisyen, adil dan berkesan dengan memberi keutamaan kepada asnaf-asnaf dan golongan sasaran ke arah pencapaian matlamat dan objektif MAIDAM.
   
• Perbagaian pendekatan bagi menangani permasalahan semasa melalui kajian laporan tesis dan pengurusan kes selepas penghakiman mahkamah.
   
•. Pemerkasaan agenda MAIDAM terutamanya pembangunan institusi kekeluargaan serta program pembangunan remaja melalui penglibatan aktif Pegawai Agama Daerah.
   
• Pemartabatan sistem dan pelaksanaan syariah termasuklah perluasan perkhidmatan perundangan dan perlindungan Undang-Undang.
   
• Peningkatan tahap penyelenggaraan aset termasuk harta yang diamanahkan kepada MAIDAM.
   
•. Pelaksanaan Resolusi Kongres Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia 2011 dengan mengambil kira faktor-faktor tempatan.

2. Bilakan MAIDAM ditubuhkan?

Jawapan:

Berdasarkan catatan yang ditemui, MAIDAM pada asalnya dinamakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, telah ditubuhkan pada tahun 1949 apabila Undang-undang Bil.1 Tahun 1949 diwartakan pada 16 Februari tahun yang sama.

Menurut warta tersebut, bahawa Yang Maha Mulia Sultan akan menyebabkan supaya dibuat Undang-Undang bagi maksud mengatur segala perkara-perkara agama dan bagi mendirikan satu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu kerana membantu dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia di dalam semua perkara yang bersangkut dengan Agama Islami dan Adat Istiadat Melayu.

Undang-Undang tersebut dinamakan Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu 1949 (1368).


Keahliannya terdiri tidak kurang daripada 3 orang ahli rasmi yang memegang jawatan yang bergaji di bawah Kerajaan Negeri dan tidak kurang daripada 5 orang ahli yang bukan rasmi.

Bagaimanapun, sepanjang Undang-Undang tersebut ditubuhkan, senarai keahlian Majlis tidak ditemui sehinggalah Undang-Undang tersebut dipinda 6 tahun kemudian iaitu dengan termaktubnya Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak Tahun 1955 (1375).

Undang-Undang ini turut menghapuskan perkataan Istiadat dan diletakkan di bahagian III di bawah fasa 6 hingga 21 dengan menampakkan peranan dan fungsi yang lebih jelas dan terarah.


Mulai dari itu (01/07/1958), telah ditemui senarai keahliannya yang diwartakan dari semasa ke semasa hingga sekarang. Pada peringkat itu, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu akan dilantik menjadi Yang DiPertua Majlis.

Perkara ini berlaku sehinggalah Kerajaan sekali lagi mewartakan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 pada 26 Mac 1987.

3. Apakah Dasar dan Polisi Maidam

Jawapan:

Dasar yang diamalkan MAIDAM ialah
-   Berlandaskan kepada Al-Qur'an dan Al-Sunnah serta sumber rujukan yang diterimapakai Syarak.
-   Perlaksanaan segala projek, program, aktiviti dan inisiatif hendaklah menghala ke arah pencapaian matlamat, objektif, visi dan misi MAIDAM.
- Mengamalkan konsep kerjasama dan kesatuan amal secara bersepadu dan tersusun dengan pihak kerajaan, agensi kerajaan, swasta, NGO dan mana-mana pihak ketiga yang mempunyai objektif yang sama berasaskan polisi- polisi MAIDAM.
-  Mengamalkan konsep keutamaan (al-aulawiyyat) dalam setiap keputusan dan pelaksanaan tindakan secara bijaksana, telus dan amanah.
-  Mengelakkan ketirisan, penyelewengan dan campurtangan pihak ketiga yang tidak sihat dalam perlaksanaan projek, program, aktiviti dan inisiatif MAIDAM.

Manakala  Polisi MAIDAM dirangka agar setiap keputusan dan tindakan yang hendak dilaksanakan sentiasa mematuhi dan menuju matlamat, visi dan misi MAIDAM.   

Bagi maksud di atas, MAIDAM telah menetapkan polisi- polisi berikut:

 

a.     Polisi Agihan Wang Zakat

b.     Polisi Waqaf dan Sumber Am

c.     Polisi Pusat Pengajian MAIDAM

d.     Polisi Program Pembangunan Dakwah dan Syiar Islam

e.     Polisi Pembangunan Keluarga Islam

f.      Polisi Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah

g.     Polisi Biro Bantuan Guaman Syariah

h.     Polisi Pengurusan Kewangan dan Pelaburan

i.      Polisi Pengurusan Kes Selepas Penghakiman

j.      Polisi Pengwartaan Fatwa

k.     Polisi Adat Melayu

l.      Polisi Penyelenggaraan

m.    Polisi Pengurusan Halal

 

      MAIDAM akan dari semasa ke semasa mengkaji semula dan menetapkan polisi-polisi terkini mengikut

      kesesuaian masa dan keperluan

4. Apakah Visi dan Misi MAIDAM?

Jawapan:

Visi MAIDAM ialah Memperkasakan MAIDAM selaku Pihak Berkuasa Agama Utama yang berwibawa dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dan maslahat umat Islam keseluruhannya.

Misi MAIDAM pula melalui lapan buah Jabatan yang menyokong pentadbiran Pejabat Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama yang berdiri sebagai pelaksana dasar MAIDAM akan bergerak secara jama’ie (جماعي) untuk merealisasikan dengan hikmah (bijaksana), amanah, telus dan efisyen setiap agenda pembangunan keagamaan, pendidikan, Adat Melayu (sosio-budaya), ekonomi dan sistem perundangan secara terancang, menyeluruh dan berkesan berpandukan dasar dan polisi MAIDAM.

 
Lanjutan daripada itu Majlis Mesyuarat MAIDAM telah meluluskan “Tiga Program Baru” (At-Taaibin, Al-Islah dan Al-Birru) untuk pelaksanaan segera sebagai satu pelan tindakan bersepadu.

Last modified on Sunday, 21 March 2021 22:55

Bilangan Pengunjung

Hari ini 598

Hari sebelum 2475

Minggu ini 598

Bulan ini 50651

Jumlah 2715250

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?