Bernas Tunai Zakat Perniagaan

KUALA TERENGGANU  23 Dis 2013 – Satu penyerahan zakat perniagaan telah diadakan Bilik Pengarah,Jabatan Baitulmal, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Majlis berkenaan melibatkan Syarikat PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS) yang menyerahkan cek zakat perniagaan yang berjumlah RM 300,771.00.

Di fahamkan zakat perniagaan adalah hasil taksiran zakat perniagaan bagi tahun 2012. Dalam majlis itu juga, En. Hafizal Haniffa ( Eksekutif Perhubungan Kakitangan), menjadi wakil bagi pihak BERNAS menyerahkan cek berkenaan kepada Ketua Penolong Pengarah Zakat En Azmi bin Tengah.
Adalah difahamkan pihak BERNAS mengagihkan zakat pernigaan mereka kepada seluruh negeri di Malaysia yang dianggarkan sebanyak RM 3.4 juta mengikut keuntungan operasi di negeri masing-masing. Semoga dengan bayaran tersebut memberi rahmat dan berkat dari Allah Ta’ala jua kepada BERNAS serta warga kerjanya.

Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 1577

Hari sebelum 1055

Minggu ini 11060

Bulan ini 48077

Jumlah 2691199

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?