Bank Islam Tunai Zakat Perniagaan

KUALA TERENGGANU  2 September 2013 – Satu penyerahan zakat perniagaan telah diadakan di Bilik Pesuruhjaya, Tingkat 3 Bangunan MAIDAM. Majlis berkenaan melibatkan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam ) yang menyerahkan cek zakat perniagaan yang berjumlah RM 400,000.00.

Di fahamkan zakat perniagaan adalah hasil taksiran zakat perniagaan bagi tahun 2013. Dalam majlis itu juga, Y.Bhg Dato’ Wan Ismail Wan Yusoh ( Pengurus besar Bahagian Perhubungan Strategik), menjadi wakil bagi pihak Bank Islam menyerahkan cek berkenaan kepada Pesuruhjaya MAIDAM, Dato’ Hj Mohd Rozali Salleh.

Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan adalah Y.Bhg Ustaz Nazri Chik yang juga sebagai Ketua Jabatan Syariah Bank Islam serta Y.Bhg Tuan Haji Alias Mamat, Ketua Penolong Pengarah Zakat, Jabatan Baitulmal Terengganu.

Adalah difahamkan pihak Bank Islam mengagihkan zakat pernigaan mereka kepada seluruh negeri mengikut keuntungan operasi di negeri masing-masing. Semoga dengan bayaran tersebut memberi rahmat dan berkat dari Allah Ta’ala jua kepada Bank Islam serta warga kerjanya.

Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 661

Hari sebelum 677

Minggu ini 5532

Bulan ini 17727

Jumlah 1007113

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?