7 Keluarga Mangsa Kebakaran Terima Bantuan MAIDAM

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini menyalurkan bantuan segera kepada tujuh keluarga yang terlibat dalam kebakaran di Wakaf Mempelam pada 18 Ogos lalu.

 

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Omar Musa berkata bantuan yang diberi kepada mangsa-mangsa tersebut bukanlah hasil dari wang zakat.

“Bantuan sebanyak RM3,000 bagi satu keluarga ini adalah bantuan segera tidak mengira status pendapatan mereka kerana ia tidak melibatkan wang zakat.

“Wang tersebut adalah dari sumber am MAIDAM untuk diberi kepada mangsa bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa menyampaikan bantuan tersebut di kediaman sementara mangsa-mangsa kebarakan tersebut di Wakaf Mempelam, hari ini.

Ujarnya lagi, bantuan-bantuan lain turut akan disampaikan apabila siasatan selesai samada mereka layak ataupun tidak untuk menerimanya.

“Kita sedang menjalankan siasatan ke atas mangsa-mangsa ini samada mereka layak ataupun tidak untuk menerima bantuan lain.

“Jika mereka dikategorikan sebagai asnaf, mereka layak untuk menerima bantuan seperti bantuan persekolahan, bantuan sewa rumah dan sebagainya mengikut keperluan,” katanya.

Sumber : teganukita.my

 
Last modified on Thursday, 08 February 2018 15:06
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 367

Hari sebelum 1211

Minggu ini 7971

Bulan ini 150820

Jumlah 872935

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?