Tabung Haji Menyerahkan Zakat Perniagaan.

KUALA TERENGGANU – Satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan telah diadakan di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. Majlis berkenaan melibatkan Lembaga Tabung Haji  yang mempersembahkan cek zakat perniagaan berjumlah RM 3,638,133.16 kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.


Difahamkan zakat perniagaan tersebut adalah hasil taksiran bagi tahun 2013. Dalam majlis itu juga, Y.Bhg Datuk Rozaida Binti Omar ( Ketua Pegawai Kewangan TH), menjadi wakil bagi pihak Tabung Haji.  

Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan adalah YB. Dato’ Haji Mazlan Bin Ngah( Setiusaha Kerajaan Negeri Terengganu) , Y.Bhg Dato' Bentara Luar (Yang Dipertua MAIDAM), YBhg Dato' Hj Mohd Rozali bin Saleh ( Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu).

Adalah difahamkan pihak Lembaga Tabung Haji  mengagihkan zakat perniagaan mereka kepada seluruh negeri mengikut keuntungan operasi di negeri masing-masing. Semoga dengan bayaran tersebut memberi rahmat dan berkat dari Allah Ta’ala jua kepada Lembaga Tabung Haji serta warga kerjanya.

Last modified on Tuesday, 26 September 2017 23:38
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 99

Hari sebelum 1821

Minggu ini 9038

Bulan ini 10244

Jumlah 958365

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?