Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 16 Februari 2014 bersamaan 16 Rabiul Akhir 1435 H.Majlis diadakan di Dewan Auditorium Majlis Agama Islam dan Adat Melayu.
Antara institut/sekolah yang mengambil bahagian ialah Institut Al-Quran Terengganu,Sekolah Menengah IMTIAZ Kemaman,Sekolah Menengah IMTIAZ Dungun,Sekolah Menengah IMTIAZ Kuala Terengganu (KOSPINT) dan persendirian.
Jumlah peserta yang menyertai Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu adalah seramai 16 peserta.Bagi tahap penyertaan juzuk,terdapat 10 peserta bagi juzuk 1-10, 7 peserta bagi juzuk 1-20 dan 4 peserta bagi juzuk 1-30.