MAIDAM Terima Kunjungan Hormat daripada Universiti Islam Malaysia (UIM)

20 Feb 2014 - Pejabat Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Islam Malaysia (UIM) pada hari ini. Rombongan UIM diketuai oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor selaku Presiden/Pengerusi UIM telah tiba di pejabat MAIDAM pada jam 11.00 pagi.

Mereka telah disambut oleh Yang DiPertua MAIDAM, Y.Bhg. Dato' Bentara Luar (Dato' Haji Omar Pilus). Perbincangan telah diadakan di Pejabat Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Tingkat 4, Pusat Pentadbiran Islam Negeri.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Y.Bhg. Datuk Abdul Manaf Ahmad (Ketua Pegawai Kewangan UIM), YBhg Dato’ Haji  Mustapha Abdul Rahman, Y.Bhg. Dato' Haji Mohd Rozali Saleh (Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu), Haji Mat Azmi Arshad (Timbalan Pesuruhjaya Pengurusan, Kewangan dan Pembangunan MAIDAM) dan pegawai kedua-dua pihak.

Last modified on Tuesday, 26 September 2017 23:38
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 719

Hari sebelum 1013

Minggu ini 1732

Bulan ini 19739

Jumlah 1009125

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?