Print this page

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Felcra Wilayah Timur

KUALA TERENGGANU, 1 September 2013 ;- Satu majlis penyerahan zakat perniagaan Felcra Bhd Wilayah Timur telah diadakan di Dewan Terbuka Kem Pengakap Sultan Ismail, Telaga Batin Kuala Terenggan .
Dalam majlis berkenaan Felcra Bhd Wilayah Timur telah di wakili oleh Pengurus

Besar Y.Bhg En Saudi Sintol telah menyerahkan cek zakat perniagaan yang berjumlah RM 28,817.00  kepada Penolong Kanan Pengarah (Pungutan Zakat), En. Nazli Amirri Ngah.


Jumlah zakat perniagaan tersebut adalah hasil dari keuntungan operasi Felcra Bhd Wilayah Timur yang kebanyakkannya dari sumber pendapatan perniagaan sawit, penternakan lembu serta penternakan ikan serta udang dalam sangkar.
Dalam ucapannya, En Saudi telah memaklumkan bahawa sehingga Jun tahun ini, pihak Felcra Bhd Wilayah Timur belum mencapai keuntungan yang diharapkan oleh kerana kejatuhan harga komoditi di pasaran.
Di harapkan dari pembayaran zakat tersebut dapat beroleh keberkatan ke atas harta yang tinggal dan moga-moga operasi Felcra Bhd Wilayah Timur di negeri ini beroleh keuntungan yang berlipat ganda di masa akan datang.

Last modified on Tuesday, 26 September 2017 23:37
Rate this item
(0 votes)