Majlis Penyampaian Bantuan Pengimarahan Masjid dan Surau bagi daerah Kuala Terengganu sempena Ihya' Ramadhan 1434H/2013M telah diadakan pada 28 Julai 2013 yang lalu bertempat di Auditorium MAIDAM Kompleks Seri Iman.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman. Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya (Hal Ehwal Islam) MAIDAM, Tuan Haji Omar bin Musa dan Pengarah Jabatan Pembangunan Keluarga dan Penguatkuasaan, En Mohd Azam bin Awi.