Program Intai Asnaf Negeri Terengganu

Matlamat utama program ini adalah untuk mencari asnaf yang belum pernah mendapat bantuan zakat dari MAIDAM. Peringkat pertama Pegawai MAIDAM akan turun padang menemui asnaf yang dikenalpasti oleh amil, imam masjid, pemimpin tempatan dan lain-lain dengan membawa barangan keperluan harian dan wang tunai RM 250.00.

Peringkat kedua MAIDAM akan melihat keperluan sebenar mereka samada bantuan makanan asas, bantuan bulanan, bantuan sara hidup, bantuan baikpulih rumah atau bantuan bina rumah baru atau sebagainya, tertakluk kepada syarat.
 
 
Program kali ini melibatkan semua daerah dan sebayak 350 buah keluarga akan dikunjungi oleh Pegawai MAIDAM dan diketuai oleh Pengarah Jabatan Baitulmal. Pegawai akan dipecahkan kepada 3 atau 4 kumpulan mengikut kesesuaian. Jadual adalah seperti berikut : daerah Besut 2 Sept, Kemaman 9 Sept, Setiu 15 Sept, Dungun 22 Sept , Hulu Terengganu 29 Sept, Marang 13 Okt dan terakhir Kuala Terengganu 20 Okt.
 
Adalah diharapkan dengan perlaksanaan program ini MAIDAM akan dapat membantu lebih ramai asnaf disamping pihak-pihak tertentu terus membantu MAIDAM untuk menemui asnaf terutama fakir miskin yang memerlukan bantuan.
 
 
 
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 65

Hari sebelum 688

Minggu ini 5205

Bulan ini 6760

Jumlah 2564808

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?