Malam Cinta Allah Dan Rasul Berjaya

Hampir 10,000 orang pelbagai lapisan umur membanjiri Stadium Tertutup, Gong Badak, Kuala Nerus malam tadi untuk bersama-sama berselawat dan mengikut alunan qasidah yang disampaikan kumpulan selawat Yayasan Sofa Negeri Sembilan.


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat menyerikan majlis bertemakan ‘Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan anjuran kerajaan Terengganu.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Halina Zakaria; Setiuasaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong.

 


Orang ramai yang majoritinya berpakaian jubah warna putih mula membanjiri stadium tertutup seawal jam 8 malam bagi mengikuti pelbagai pengisian program berbentuk keagamaan disediakan penganjur.

Para peserta antaranya terdiri daripada ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), belia, pelajar sekolah, mahasiswa universiti tempatan dan luar negara, golongan profesional serta ahli korporat.

Sumber : teganukita.my

Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 60

Hari sebelum 688

Minggu ini 5200

Bulan ini 6755

Jumlah 2564803

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?