Soalan Lazim

Soalan Lazim Pengurusan Zakat

  • Read: 8676 times
Zakat Fitrah

  1. Apakah hukum orang yang mengingkari kewajipan zakat fitrah?
Sesiapa yang mengingkati maka dia menjadi kafir kerana hukum mengeluarkan zakat fitrah adalah wajib sebagaimana Rasulallah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan.
  1. Dimanakah yang sebenarnya zakat firtah perlu dibayar, ditempat bekerja atau dikampung?
Zakat fitrah boleh dibayar dimana-mana bila berada dalam waktu sunat pembayaran tetapi apabila tiba waktu wajib dan tidak membuat pembayaran pada waktu sunat maka hendaklah disegerakan pembayaran tersebut ditempat individu itu berada.
  1. Apakah hukum sekiranya terlupa membayar zakat fitrah dan membayarnya pada luar bulan Ramadhan?
Hukumnya berdosa. Sekiranya individu tersebut terlupa untuk membayar zakat fitrah maka wajib disegerakan pembayaran tersebut.


Zakat Perniagaan
  1. Bagaimanakah kiraan zakat perniagaan?
Untuk pengiraaan zakat perniagaan, ia perlu dilihat kepada kecairan aktiviti syarikat tersebut dimana melibatkan Aset Semasa tolak Liabiliti Semasa dan terdapat Pelarasan dalam dua perkara tersebut.
  1. Adakah kiraan zakat perniagaan melihat kepada keuntungan semata-mata?
Tidak. Kerana modal yang digunakan telah diniatkan untuk perniagaan telah mencukupi haul syarikat. Jadi kiraan zakat adalah melibatkan modal dan keuntungan. Sekiranya syarikat itu mengalami kerugian dari modal yang dilabur dan masih mencukupi nisab maka syarikat tersebut hendaklah mengeluarkan zakat.


Zakat Pendapatan
  1. Adakah dikenakan zakat atas pendapatan dari sumber yang haram?
Tidak, walaupun zakat itu bertujuan untuk menyucikan harta. Tetapi berpandukan kepada firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 267, harta yang hendak dizakatkan mestilah dari sumber yang baik-baik.
  1. Adakah zakat pendapatan boleh dibayar secara ansuran?
Dibolehkan.
  1. Kenapakah individu perlu mengikut kadar tolakan yang dibenarkan tidak kepada jumlah sebenar?
Kadar tolakan atau had kifayah ini ditentukan mengikut kepada kadar perbelanjaan golongan miskin di Negeri Terengganu dan sekiranya perbelanjaan harian individu tersebut melebihi dari kadar tersebut maka individu itu adalah tergolong dari golongan yang berkemampuan.


Zakat Wang Simpanan
  1. Adakah dikenakan zakat sekiranya hutang melebihi daripada simpanan?
Ya, apabila pemilikan simpanan tersebut mencukupi tempoh setahun dan mencukupi nisab.
  1. Adakah pembayaran zakat perlu menggunakan wang yang disimpan atau dari sumber yang lain?
Dibolehkan untuk membayar zakat dari sumber pendapatan yang lain.
  1. Adakah kiraan zakat simpanan individu dan syarikat berbeza?
Ya. Kerana simpanan individu melihat kepada jumlah terendah dalam tempoh setahun. Manakala simpanan syarikat melihat kepada baki akhir haul syarikat tersebut.


Zakat Emas dan Perak
  1. Adakah emas putih dikenakan zakat?
Emas putih tidak dikenakan zakat kerana ianya telah berlawanan dengan sifat emas tersebut. Emas sifatnya hendaklah bewarna kekuningan, mudah dilentur dan mempunyai berat.
  1. Adakah kiraan zakat mengikut gred emas?
Ya. sekiranya emas tersebut merupakan emas 999, ini bermakna terdapat 99.9% emas dalam logam tersebut. Untuk emas 916 bermakna kandungan emas dalam logam adalah sebanyak 91.6%.
  1. Bagaimanakah kiraan zakat bagi emas perhiasan yang disimpan atau dicagar dalam ar-Rahnu?
Untuk perkara ini terdapat dua situasi, yang pertama adalah emas perhiasan yang disimpan dalam ar-Rahnu dikenakan zakat atas emas yang disimpan sekiranya emas tersebut tidak dipakai dalam tempoh setahun. Ini kerana berkemungkinan mereka menyimpan di ar-Rahnu atas faktor keselamatan emas perhiasan tersebut. Yang kedua bagi mereka yang mencagar emas perhisan tersebut untuk mendapatkan duit maka terputuslah pemilikan emas perhiasan tersebut selama mana emas perhisan tersebut tidak ditebus kembali dan tidak dikenakan zakat.


Zakat Tanaman
  1. Adakah zakat tanaman padi dikenakan setelah ditolak kos menanam terlebih dahulu?
Tidak, kerana kiraan zakat tanaman yang menggunakan penggunaan teknologi moden (termasuk kos-kos semaian samada membaja, mengupah dll.) adalah sebanyak 5% manakala tanaman yang dibiarkan atau menggunakan air hujan semata-mata (tanpa melibatkan kos) dikenakan zakat sebanyak 10%.
  1. Adakah zakat tanaman padi dikira termasuk dengan harga sabsidi?
Subsidi yang dibayar oleh Lembaga Padi dan Beras Negara tidak termasuk dalam hasil yang perlu dizakatkan.


Zakat Ternakan
  1. Adakah perlu dizakatkan bagi ternakan yang dibiarkan bebas tanpa pemerhatian dan memakan tanaman orang lain?
Perlu dizakatkan sekiranya ternakan tersebut telah mencukupi nisab. Ternakan yang terkurung tidak dikenakan zakat. Manakala ternakan yang memakan tanaman orang lain, dosa tersebut antara pemilik ternakan dengan pemilik tanaman bukan binatang tersebut.


Zakat Caruman Berkanun
  1. Adakah simpanan KWSP perlu dizakatkan selepas umur 55 tahun, jika masih belum mengeluarkan lagi simpanan tersebut?
Simpanan KWSP yang tidak diambil selepas bersara hendaklah dizakatkan dahulu pada usia 55 tahun untuk mengqada’ zakat KWSP yang terdahulu dan seterusnya dikira mengikut sebagaimana kaedah kiraan zakat wang simpanan.Mengikut akta KWSP, pemilik layak untuk mengeluarkan kesemua wang KWSP apabila berumur 55 tahun. Jumlah simpanan tersebut mestilah merujuk dengan pihak KWSP terlebih dahulu.
  1. Bagaimanakah kiraan zakat bagi mereka yang mendapat duit ganjaran persaraan bagi mereka yang telah pencen?
Kiraan zakat bagi duit ganjaran persaraan yang diperolehi perlu mencukupi setahun pemilikan, selepas tempoh setahun kiraan zakat adalah mengikut kaedah zakat simpanan.


Zakat Saham
  1. Adakah kiraan zakat bagi saham dilakukan selepas dari jualan saham tersebut dibuat?
Tidak. Kiraan zakat saham dibuat semasa saham tersebut masih diniagakan dan tersimpan dalam pasaran dalam tempoh setahun bukannya selepas dijual.
  1. Adakah kiraan perlu diasingkan mengikut jenis pelaburan saham yang dimiliki?
Kiraan zakat saham hendaklah melihat kepada jumlah keseluruhan saham yang dimiliki walaupun mempunyai jenis saham yang berbeza.
Read more...

Soalan Lazim Bahagian Teknikal

  • 20 November 2014 |
  • Read: 47839 times

1. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya sesebuah Syarikat Kontraktor ingin  mendaftar  lesen syarikatnya dengan MAIDAM?
    

Jawapan :  

Bagi kontraktor yang ingin mendaftar syarikat mereka di MAIDAM, mereka perlu menghantar salinan lesen syarikat  dan dokumen tambahan seperti profail syarikat ke Bahagian Teknikal MAIDAM.
 
      
2. Bagaimanakah MAIDAM membuat pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek-projek baik pulih rumah atau bina baru rumah PPRT  MAIDAM?

 

Jawapan :    

Bahagian Teknikal MAIDAM akan menjalankan proses undian bagi menentukan kontraktor yang terpilih untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikian mahupun bina baru yang mana kontraktor-kontraktor yang berdaftar tersebut akan dinilai dan ditapis mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan.

 
 
3. Adakah kontraktor perlu mendaftar kembali syarikat di MAIDAM setiap kali lesen syarikat diperbaharui?


Jawapan :  

Kontraktor tidak perlu berbuat demikian setiap kali memperbaharui lesen, namun sekiranya terdapat pindaan maklumat seperti nama syarikat, alamat ataupun gred pendaftaran lesen, kontraktor perlulah memaklumkan kepada Bahagian Teknikal MAIDAM dengan menghantar salinan lesen terbaru.
       
4.  Masih adakah penjualan rumah MAIDAM yang baharu akan dikeluarkan?

 

Jawapan :  

Penjualan rumah MAIDAM yang baharu akan dikeluarkan di Laman Web MAIDAM dan pembeli yang berminat hendaklah senantiasa membuat semakan di laman web.

 
 

5.  Macammana cara penjualan rumah MAIDAM ?
 
Jawapan :  

Penjualan rumah MAIDAM yang baharu akan melalui proses tender yang akan diiklankan di Laman Web MAIDAM dan borang hendaklah dibeli di Bahagian Teknikal, MAIDAM. Manakala penjualan rumah MAIDAM yang ditolak oleh pembeli sebelumnya adalah melalui permohonan bersurat dari pembeli baharu.



6. Bagaimanakah proses pembelian rumah MAIDAM ?

Jawapan :    

Pembelian rumah  MAIDAM yang baharu dan lama akan melalui proses pindahmilik dengan Peguam Panel yang telah dilantik oleh pihak MAIDAM.

 

7. Macammana cara pemilik ingin menjual tanah atau bangunan milik mereka kepada pihak MAIDAM ?
   

Jawapan :    

Pemilik berkenaan hendaklah menghantar surat penawaran beserta harga tawaran dan salinan geran sebagai bukti tanah atau bangunan yang hendak dijual tersebut milik mereka.

 

8.  Bagaimanakah proses penerimaan dan penolakan penawaran penjualan tanah dan bangunan oleh pihak MAIDAM ?
    

Jawapan :  

Pihak MAIDAM akan membuat perbincangan awal terlebih dahulu berhubung penawaran itu dengan melihat nilaian hartanah yang ditawarkan dan peruntukan kewangan yang ada. Sekiranya hartanah tersebut berpotensi untuk dimajukan, kertas kerja akan disediakan dan diangkat ke Mesyuarat Jk. Eksekutif / Pengurusan MAIDAM bagi kelulusan. Setelah kelulusan diperolehi, pihak MAIDAM akan menghantar salinan geran ke Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta bagi membuat nilaian semasa dan seterusnya proses pindah milik akan dilakukan oleh Peguam Panel lantikan MAIDAM. Pembayaran kepada penjual hartanah akan dilunaskan setelah semua proses di atas selesai.


       
9. Bagaimanakah cara-cara untuk memohon menyewa rumah, bangunan dan tanah milk Wakaf MAIDAM?


  Jawapan :  

Pemohon hendaklah membuat permohonan secara bertulis iaitu membuat surat rasmi dan surat tersebut hendaklah dipos atau dihantar sendiri ke Bahagian Teknikal, MAIDAM.
   
     
10.  Berapakah  jumlah keseluruhan peruntukan tahunan diluluskan  oleh Kerajaan untuk membaikpulih masjid-masjid dan surau-surau yang rosak di seluruh Negeri Terengganu tahun 2014 ?


 Jawapan :  

Bagi kerja-kerja menyelenggara / naiktaraf kecil masjid / surau Negeri Terengganu peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu  kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu adalah sebanyak RM 400,000.00  setahun. Di seluruh Negeri Terengganu terdapat 500 buah masjid dan 1000 buah surau yang memerlukan pembaikian. Perbelanjaan adalah berdasarkan permohonan yang mendapat kelulusan dan tertakluk kepada keptusan pentadbiran ini.

 

11. Apakah fungsi unit Bahagiaan Penyelenggaraan &  Penyeliaan di Bahagian Teknikal?

 Jawapan :    

Bahagiaan Penyelenggaraan & Penyeliaan  bertanggungjawab sepenuhnya di dalam  menyiasat, aduan penyelenggaraan, memantau dan melaksanakan kerja-kerja pembaikian atau baikpulih kerosakan  di masjid/surau, bangunan di bawah Pentadbiran Maidam  dan  SMA Negeri Terengganu.

       
12. Apakah Jenis kerosakan  yang dibaikpulih?
    

Jawapan :  

Kerosakan  yang memberi ketidakpuasan hati dan mengganggu keselesaan para jemaah dan pihak yang terbabit.

  
 

13.  Bagaimanakah  laporan@aduan kerosakan di masjid/surau/SMA boleh dilaporkan?
 

Jawapan :  

 Semua kerosakan boleh dilaporkan kepada Pentadbiran yang dinyatakan di bawah:

Kategori

Pihak Terlibat

Masjid/surau

Bahagian Pengurusan Masjid

SMA Negeri

Bahagian Pendidikan

Bangunan Pejabat

Pentadbiran MAIDAM

  
 

14. Berapa lamakah tempoh sesebuah projek pembangunan/senggara kerja-kerja kecil boleh disiapkan?

Jawapan :    

Tempoh penyiapan sesebuah projek pembangunan atau kerja-kerja kecil adalah tidak sama antara sesebuah projek. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kos, keadaan fizikal, kerosakan, cuaca, kesan kepada penghuni dan lain-lain.

 
 

Read more...

MAIDAM

  • 24 July 2013 |
  • Read: 75224 times

1. Apakah Objektif MAIDAM

Jawapan:

- Matlamat MAIDAM adalah untuk mencapai objektif berikut;


• Pengembangan syiar Islam di negeri Terengganu melalui peningkatan kefahaman dan dakwah Islamiyyah, pengukuhan aqidah, pemurnian akhlak dan perlindungan hidup (duniawi dan ukhrawi) khususnya kepada golongan sasaran dan yang berisiko tinggi.
   
• Pemerkasaan Institusi Fatwa supaya menjadi pusat rujukan hukum Syarak yang berautoriti dan berwibawa.

• Pemerkasaan Institusi Pendidikan Islam termasuklah pondok dan sekolah agama persendirian (sekolah agama rakyat yang tidak mendapat bantuan kerajaan) sesuai dengan keperluan semasa untuk mencapai kesempurnaan khususnya dalam bidang keilmuan, urus tadbir dan pembentukan modal insan yang berteraskan kesemasaan (contemporary), kekuatan minda dan jatidiri penuntut daripada peringkat awal lagi.
   
• Pembangunan ekonomi yang lebih bersepadu dan halal dengan menggunapakai pendekatan yang berupaya untuk membebaskan umat Islam daripada garis kefakiran, kemiskinan dan kejahilan.
   
• Peningkatan kebajikan kepada anak yatim, kanak-kanak, wanita dan warga emas yang berisiko tinggi dari pelbagai sudut, khususnya dalam kalangan fakir, miskin dan muallaf.
 
• Pelaksanaan dan penyaluran agihan zakat dan sumber lain secara efisyen, adil dan berkesan dengan memberi keutamaan kepada asnaf-asnaf dan golongan sasaran ke arah pencapaian matlamat dan objektif MAIDAM.
   
• Perbagaian pendekatan bagi menangani permasalahan semasa melalui kajian laporan tesis dan pengurusan kes selepas penghakiman mahkamah.
   
•. Pemerkasaan agenda MAIDAM terutamanya pembangunan institusi kekeluargaan serta program pembangunan remaja melalui penglibatan aktif Pegawai Agama Daerah.
   
• Pemartabatan sistem dan pelaksanaan syariah termasuklah perluasan perkhidmatan perundangan dan perlindungan Undang-Undang.
   
• Peningkatan tahap penyelenggaraan aset termasuk harta yang diamanahkan kepada MAIDAM.
   
•. Pelaksanaan Resolusi Kongres Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia 2011 dengan mengambil kira faktor-faktor tempatan.

2. Bilakan MAIDAM ditubuhkan?

Jawapan:

Berdasarkan catatan yang ditemui, MAIDAM pada asalnya dinamakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, telah ditubuhkan pada tahun 1949 apabila Undang-undang Bil.1 Tahun 1949 diwartakan pada 16 Februari tahun yang sama.

Menurut warta tersebut, bahawa Yang Maha Mulia Sultan akan menyebabkan supaya dibuat Undang-Undang bagi maksud mengatur segala perkara-perkara agama dan bagi mendirikan satu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu kerana membantu dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia di dalam semua perkara yang bersangkut dengan Agama Islami dan Adat Istiadat Melayu.

Undang-Undang tersebut dinamakan Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu 1949 (1368).


Keahliannya terdiri tidak kurang daripada 3 orang ahli rasmi yang memegang jawatan yang bergaji di bawah Kerajaan Negeri dan tidak kurang daripada 5 orang ahli yang bukan rasmi.

Bagaimanapun, sepanjang Undang-Undang tersebut ditubuhkan, senarai keahlian Majlis tidak ditemui sehinggalah Undang-Undang tersebut dipinda 6 tahun kemudian iaitu dengan termaktubnya Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak Tahun 1955 (1375).

Undang-Undang ini turut menghapuskan perkataan Istiadat dan diletakkan di bahagian III di bawah fasa 6 hingga 21 dengan menampakkan peranan dan fungsi yang lebih jelas dan terarah.


Mulai dari itu (01/07/1958), telah ditemui senarai keahliannya yang diwartakan dari semasa ke semasa hingga sekarang. Pada peringkat itu, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu akan dilantik menjadi Yang DiPertua Majlis.

Perkara ini berlaku sehinggalah Kerajaan sekali lagi mewartakan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 pada 26 Mac 1987.

3. Apakah Dasar dan Polisi Maidam

Jawapan:

Dasar yang diamalkan MAIDAM ialah
-   Berlandaskan kepada Al-Qur'an dan Al-Sunnah serta sumber rujukan yang diterimapakai Syarak.
-   Perlaksanaan segala projek, program, aktiviti dan inisiatif hendaklah menghala ke arah pencapaian matlamat, objektif, visi dan misi MAIDAM.
- Mengamalkan konsep kerjasama dan kesatuan amal secara bersepadu dan tersusun dengan pihak kerajaan, agensi kerajaan, swasta, NGO dan mana-mana pihak ketiga yang mempunyai objektif yang sama berasaskan polisi- polisi MAIDAM.
-  Mengamalkan konsep keutamaan (al-aulawiyyat) dalam setiap keputusan dan pelaksanaan tindakan secara bijaksana, telus dan amanah.
-  Mengelakkan ketirisan, penyelewengan dan campurtangan pihak ketiga yang tidak sihat dalam perlaksanaan projek, program, aktiviti dan inisiatif MAIDAM.

Manakala  Polisi MAIDAM dirangka agar setiap keputusan dan tindakan yang hendak dilaksanakan sentiasa mematuhi dan menuju matlamat, visi dan misi MAIDAM.   

Bagi maksud di atas, MAIDAM telah menetapkan polisi- polisi berikut:

 

a.     Polisi Agihan Wang Zakat

b.     Polisi Waqaf dan Sumber Am

c.     Polisi Pusat Pengajian MAIDAM

d.     Polisi Program Pembangunan Dakwah dan Syiar Islam

e.     Polisi Pembangunan Keluarga Islam

f.      Polisi Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah

g.     Polisi Biro Bantuan Guaman Syariah

h.     Polisi Pengurusan Kewangan dan Pelaburan

i.      Polisi Pengurusan Kes Selepas Penghakiman

j.      Polisi Pengwartaan Fatwa

k.     Polisi Adat Melayu

l.      Polisi Penyelenggaraan

m.    Polisi Pengurusan Halal

 

      MAIDAM akan dari semasa ke semasa mengkaji semula dan menetapkan polisi-polisi terkini mengikut

      kesesuaian masa dan keperluan

4. Apakah Visi dan Misi MAIDAM?

Jawapan:

Visi MAIDAM ialah Memperkasakan MAIDAM selaku Pihak Berkuasa Agama Utama yang berwibawa dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dan maslahat umat Islam keseluruhannya.

Misi MAIDAM pula melalui lapan buah Jabatan yang menyokong pentadbiran Pejabat Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama yang berdiri sebagai pelaksana dasar MAIDAM akan bergerak secara jama’ie (جماعي) untuk merealisasikan dengan hikmah (bijaksana), amanah, telus dan efisyen setiap agenda pembangunan keagamaan, pendidikan, Adat Melayu (sosio-budaya), ekonomi dan sistem perundangan secara terancang, menyeluruh dan berkesan berpandukan dasar dan polisi MAIDAM.

 
Lanjutan daripada itu Majlis Mesyuarat MAIDAM telah meluluskan “Tiga Program Baru” (At-Taaibin, Al-Islah dan Al-Birru) untuk pelaksanaan segera sebagai satu pelan tindakan bersepadu.

Read more...

Bilangan Pengunjung

Hari ini 80

Hari sebelum 887

Minggu ini 80

Bulan ini 4015

Jumlah 2175504

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag

Vote

What Is Your Opinion on MAIDAM's Official Website?