Kuala Terengganu - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengadakan Majlis Pelancaran Pengagihan Zakat Sempena Ramadhan Tahun 1438H/2017M pada hari Khamis 8 Jun 2017 baru-baru ini. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato' Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Yang Dipertua MAIDAM.
Pembahagian Zakat Sempena Ramadhan ini diagihkan kepada penerima bermula 8 Jun 2017 di seluruh daerah dan dijangka berakhir pada 21 Jun 2017. Pembahagian bantuan ini melibatkan 24,283 orang penerima (asnaf) dengan peruntukan sebanyak RM12,584,200.00.
Klik pada gambar di bawah untuk melihat gambar seterusnya.