Pusat Hemodialisis Baharu Untuk Penduduk Besut

Kesulitan pesakit buah pinggang di Daerah Besut yang ingin mendapatkan rawatan susulan kini berakhir apabila kerajaan negeri menyediakan Pusat Hemodialisis kepada pesakit di daerah itu.

Sebelum ini, penduduk daerah berkenaan terpaksa ke Kuala Terengganu, Setiu dan Machang, Kelantan sekiranya mahu mendapatkan rawatan kerana ketiadaan pusat khusus bagi rawatan dialisis yang paling hampir dengan tempat tinggal mereka.

Pusat berkenaan mula beroperasi pada 10 Mei 2015 adalah yang kedua disediakan oleh kerajaan negeri kepada penduduk negeri ini selepas pusat pertama ditubuhkan di RTC Dungun.

Kemudahan perubatan itu ditubuhkan dengan kerjasama Hospital Daerah Besut dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) ditempatkan di kawasan Masjid Balik Bukit, Jertih, berhampiran Hospital Besut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhamad Pehimi Yusof merasmikan pusat berkenaan hari ini.

Hadir sama Yang DiPertua MAIDAM,  Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar.

Katanya, MAIDAM menyediakan dua unit rumah kedai selain menyediakan 10 unit mesin dialisis serta peralatan untuk kegunaan 28 pesakit dalam satu-satu masa.

Muhamad Pehimi berkata, kerajaan negeri akan menubuhkan pusat seumpama itu di seluruh daerah negeri ini bagi memberi kemudahan kepada pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan susulan.

Sumber : teganukita.my

Last modified on Thursday, 08 February 2018 15:07
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 60

Hari sebelum 586

Minggu ini 3398

Bulan ini 23425

Jumlah 1040827

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag