MAIDAM Agih Bantuan Zakat Fakir Miskin Sempena Ramadhan

Lebih RM 6 juta disediakan bagi tujuan agihan zakat fakir miskin sempena Ramadhan. Lebih 13000 orang terlibat dan setiap ketua isi rumah dibayar RM 300 dan tambahan RM 50 bagi setiap tanggungan. Jumlah tahun ini bertambah lebih 100 peratus berbanding tahun lepas begitu juga dengan bilangan penerima.

Agihan sepatutnya telah dibuat sebelum Ramadhan tetapi oleh kerana Pihak Berkuasa Negeri memohon supaya senarai e-kasih diambil kira,  tarikh pembahagian telah ditangguhkan bagi membolehkan proses pemutihan senarai e-kasih dibuat.

Kerjasama Pengerusi Jkkkk , Jawatankuasa  Masjid , Amil MAIDAM dan lain-lain telah diperolehi dan pembahagian telah dimulakan minggu ini. Maidam juga memutuskan program bantuan makanan asas yg dimulakan sejak januari lalu, sehingga jun 2014 sejumlah 2450 ketua keluarga yang melibatkan lebih 19000 ahli isi rumah terlibat dalam program ini. Setiap keluarga akan menerima barangan yang bernilai RM 140 hingga RM 400 sebulan tertakluk kepada bilangan isi rumah dan Maidam membelanjakan hampir RM 480000 sebulan.

.Kerjasama semua pihak dipohon bagi menyalurkan maklumat ini dan mengenalpasti fakir miskin bagi membolehkan maidam bertindak. Bagi Bantuan bulanan, maidam telah bersetuju kadar bantuan juga berdasarkan isi rumah.
 

 

Foto Sekitar Program Pengagihan Zakat Fakir Miskin Sempena Ramadhan

Last modified on Tuesday, 26 September 2017 23:38
Rate this item
(0 votes)

Bilangan Pengunjung

Hari ini 1774

Hari sebelum 1444

Minggu ini 9466

Bulan ini 7192

Jumlah 626441

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Cloud Tag